Jumaat, 27 Februari 2009

Rintihan hati

Kenapa aKu?? itulah yg sering berada di benak fikiran aKu ini.. aKu sering tertanya2 kenapa aku masih belum ade peluang ke mana2 lagi.. sudah dua bulan lebih aku duduk di rumah.. macam2 aku dah isi...borang sambung belajar ke peringkat ijazah, borang kerja... tapi hasilnyer belum lagi.. masih seperti sekarang ni..aku masih duduk di rumah.. melayari internet, membantu ibu dlm mengemas rumas dan mencari bahan2 IT di internet seperti download software,website template dan byk lagi.. sememangnyer aku ingin belajar dahulu kerana itulah impian aku..aKu?? aku pun pening la jugak bile pikir kan sumer tu.. sebab ade yg minta aku bekerja dahulu.. bile aku fikir kawan2 aKu pun ader yg dah keje.. aKu lagi bingung kerana aku masih belum lagi..

Abang, ayah, ibu dan ahli keluarga aku yg lain sumernyer dah tnye.. aku pening.. aku dah tak tau nak cakap ape..

"Angah!bile nak keje.."kata-kata ini sering aku ingat di sanubariku.

Bukan aku tak nak keje..tapi aku dah tanamkan azam dlm hati aku..aku nak sambung belajar ke peringkat ijazah dahulu.. sebab aku nak kembalikan maruah aku dan keluarga aku yang dulu sering dihina masyarakat.. aku nak buktikan pada mereka yg aKu juga mampu sampai ke tahap itu.. dan lepas itu aku akan keje.. aku akan keje bersungguh-sungguh.. membantu ayah dan ibu yg telah lama mendidik, membesarkan aku bagai menatang minyak yg penuh.. aku bangga dapat memiliki mereka.. aku rasa bertuah kerana memiliki kedua ibu bapa ku yg sanggup berkorban apa saja demi melihat aku berjaya..

Aku ingin buktikan segala pengorbanan itu dgn kejayaan yg akan aku tempuh.. aku ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dahulu dan kemudian baru bekerja..

Maaf Ayah.. Maaf Ibu.. kalau niat ayah dan ibu ingin terus angah bekerj tidak kesampaian.. tapi itulah hakikatnye.. angah nak belajar dulu.. angah nak berjaya.. angah nak buktikan segalanyer angah juga mampu..

Doakan segala kejayaan anakmu ini agar mendapat rahmat dari Ilahi.. Semoga kepayahan yg angah akan tempuh berhasil dgn kejayaan yg cemerlang..

Segala kepayahan ayah dan ibu mendidik dan membesarkan angah amat dihargai.. Tidak tergambar dek pandangan mata angah betapa luhurnya kasih sayang yg diberikan oleh ayah dan ibu..

Tidak cukup perkataan untuk kuluahkan..
Terima kasih kepada ayah dan ibu..
Ku susun jari memohon kemaafan..
Atas kesilapan dn kenakalan anakmu selama ini...


Aku akan cuba dan terus mencuba untuk mengharungi segala kepayahan dunia demi mencapai cita-cita yg aku hajati selama ini.. Bukan mudah untuk kita mendapatkannya, tapi tidak sukar bila kita sudah memperolehinya...


Ni lah gambar family aKu..gambar ni mase Raye Tahun Lepas..2008..lokasinyer kat kampung aku..kat umah nenek ngan atuk aku kat Rantau,N.Sembilan..

1 ulasan:

  1. So..... where is toilet? Hehe))) Joke, relax ;)
    By the way, anybody home?!

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com