Ahad, 12 Disember 2010

aKu di KeNyir

Salam sumer... Seminggu LeYa tak update blog ni kan.. Kenapa?? Sebab LeYa with famiLy gi bercuti + famiLy day di Kenyir...

Catatan harian dari mula hingga kembali ke Port Dickson, n9

05 Disember 2010 bersamaan hari Ahad
10.00pagi - Kami bertolak dan berkumpul di stesyen minyak Petronas di Bukit Putus. Menunggu semua hadir dan meneruskan perjalanan.. (8 buah kereta yg akan ke Kenyir + 1 akan ke rumah tunang abg)

11.15pagi - Kami memulakan perjalanan.. Perjalanan pertama kami akan ke Pahang, di mana kami akan pergi meminang tunang abg aku, Kak Ieda..

2.30ptg - Anggaran mase mcm ni lah kami sampai di rumah Kak Ieda.. Memang perut mula bernyanyi2 lagu yg tak diingini..

So..tak perlu panjang cite, kami makan2, ambil gambar & lebih kurang pukul 4.00ptg kami bergerak ke Kuala Terengganu utk check-in di sana..

Perjalanan mengambil masa dlm 2jam... Setibanya di sana, kami ke kedai makan yg berdekatan utk menjamu selera mengisi perut yg sdg lapar.. Kemudian, kami menuju ke Bungalow yg akan kami inap selama 2hari di Terengganu..

06 Disember 2010 bersamaan hari Isnin
9.00pagi - Kaum ayah & ibu pergi ke Kilang Sutera.. Manakala anak2 berehat2 di rumah bermain bersuka ria...

4.00ptg - Semua ahli keluarga keluar pergi ke Pantai Batu Burok dan kanak2 seronok bermain di sana. Sehingga jam 7.00ptg, kami menuju ke Masjid Crystal untuk melihat keindahan panorama di sana.. Semua yg datang terpegun melihatnya.

8.30mlm - Tak tahu mane arah tuju..kami ke Pantai Batu Burok semula.. Kami berehat sambil reka aktiviti sendiri. Kaum lelaki membuat satu pertandingan bola sepak pantai di antara anak2 buah menentang ayah2 mereka... hehe...Memang menyeronokkan melihat pelbagai aksi yg ditunjukkan.

07 Disember 2010 - Hari Selasa
7.30pagi - Breakfast makan nasi dagang...

9.00pagi - Ke Pasar Payang untuk melihat & membeli apa yg perlu. Kemudian, pulang ke bungalow penginapan dan ready utk ke Tasik Kenyir..

1.30ptg - Bertolak ke Kenyir... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit..

3.00ptg - Sampai di jeti dan menunggu bot untuk ke Pulau Sah Besar, di mana kami akan menginap di sana selama 4hari 3mlm...

Setelah semuanya ada di jeti Pulau Sah Besar, kami meneruskan perjalanan mendaki anak tangga untuk ke temapt penginapan kami... Fuuhhh....penat...memang penat tetapi seronok..
Petang kami sampai di sana, kami hanya rehat dan buat aktiviti sendiri..

08 Disember 2010 - Hari Rabu
Pagi2 lagi kami dah bangun... Selepas bersarapan pagi, anak2 melaksanakan pelbagai aktiviti sendiri..
kami menari tarian 'poco-poco' dan 'chicken dance' serta yg lelaki kemudiannya bermain bola... Kaum ayah & ibu teruja melihatnya dan ingin join juga utk hari esok...

Pas tuh, dah selesai semuanyer kami bersiap pula utk menaiki boat ke Air Terjun Saok yg berdekatan... Kami di sana sehingga jam 3.00ptg... Puas sekali kami mandi di situ.. Airnya yg sejuk dan mendinginkan membuatkan kami menggigil kesejukan...

Dah2...dah petang ni....hujan pun dah turun renyai2...kami menunggu boat utk pulang ke tempat penginapan..

09 Disember 2010 - Hari Khamis
Pagi selepas bersarapan kami bersiap untuk bergambar beramai2 dan melaksanakan aktiviti tarian 'poco-poco' dan 'chicken dance' yang diketuai oleh Aisyah dan Hajar serta sukaneka... huhu... seronok sgt..sebab semua join menari...Dan semua bagi komitmen yg terbaekkkkk dari ladang.....hahaha...

Aktiviti-aktiviti yg dijalankan:
1) rebut gula2 oleh kanak2
2) lari bawak bola pingpong dalam sudu oleh anak2 bawah 12tahun
3) lari ikat kaki bertiga oleh remaja
4) lari ikat kaki oleh pasangan ibu & ayah
5) Mewarna bagi kategori 12 tahun ke bawah
6) Karaoke untuk bersuka ria
7) Treasure Hunt bagi kaum ayah & ibu..

Yg best nyer sumer dpt adiah walaupun kalah..hehe...sebab..kami just nk bergembira + berseronok jer...

10 Disember 2010 - Hari Jumaat
Kami gotong-royong pula membersihkan kawasan penginapan kami sebelum pulang...Setelah selesai semuanyer kami memperlengkapkan diri dan menunggu masa utk berangkat pulang...huhu... Trpat jam 1.30ptg, kami menuruni anak tangga ke jeti dan menunggu boat untuk ke tempat di mana kami meletakkan kenderaan..

Dan...kami pun pulang dengan seronoknyer...

Gambar kenangan bersama ahli keluarga


FaMiLy PhotograPher...(means aku laa LeYa..)

bersanTai di Pantai Batu Burok

aYah dan Pak Uda yg banyak membantu dLm menjayakan Hari Keluarga ni..

Akmal, Aiman, Afiq, aKu & Aisyah

meNikmati keindahan panorama Pantai Batu Burok

di Masjid Crystal

Pak Su & Mak Su yg gorgeous....

ibu-ibu....

aNak2 dare kaMi...cewaaahhh........

cucu sulung nek z....

Ingin tengok gambar selanjutnyer.. Pergi ke facebook LamanKeluarga...

Selesai sudah FamiLy Day 2010 yg kami rancang selama hampir 3 bulan ini... Dan...resultnyer sungguh berbaloi sekali...Semua yg hadir seronok sangat...

Sekian, LeYa mengakhiri entry kali ni dengan penuh kegembiraan bersama mereka yang bergelar keluarga.. 



0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com