Followers

Wednesday, 9 March 2011

Apa itu Web Hosting?

Salam...

Kita bertemu lagi kali ini...Seperti yg kita tahu sekarang ni ramai yang sudah mempunyai blog mereka sendiri.. Mereka ni sebenarnya minat berblogging... Tambah lagi kalau blog mereka tuh dapat menjana pendapatan... Kan..kan...kan... Tapi saya percaya masih ramai di luar sana yang masih belum tahu apa itu Blog? Ramai yang tanye macam mane nak buat blog atau website? Untuk bina blog apa yang perlu ada? Macam-macam lagi persoalan yang akan timbul. Okay lah, kali ni LeYa nak share tentang satu medium yang wajib untuk kita buat blog atau website..

Untuk berblogging atau membina website, perkara utama yang perlu ada adalah:

  1. Blog / Website ( Rumah ) - Konsep yang mudah seperti membina rumah. Mesti perlu ada rumah, alamat, tanah. Nak buat rumah tu sendiri perlu ada simen, bata, kayu, paku, cat dan lain-lain. So, bila nak buat blog atau website pun macam tu la jugak. Mesti ada perisian pembangunan web seperti frontpage, macromedia dan perisian lain. Bentuk pula mesti la dalam bentuk html, psp atau yang sama waktu dengannya.
  2. Domain ( Alamat ) - Kalu dah ada rumah mesti ada alamatnya kan? Domain ni la alamat rumah. macam mana tu? Ala, contoh macam domain blog ni jugak iaitu proinfo2u.com. Ini la domain. Contoh lain? facebook.com, ebay.com dan lain-lain. Domain ni la membuatkan orang boleh memasuki sesuatu blog atau website. Masakan orang kenal rumah kalu tak ada alamat?
  3. Webhosting ( Tapak Rumah ) - Kalau buat rumah takde tapak macammana nak ada rumah tu? So, tapak rumah tu sama la dengan webhosting. Takde webhosting maka takleh nak buat website atau blog. Webhosting juga adalah tempat kita semua letak web atau blog untuk pengunjung mengakses website atau blog. Ia cuma sambungan internet je. Tapi boleh akses 24jam untuk semua orang.



Dah jelas kan? Kalu tak jelas mesej LeYa. Atau ramai lagi otai-otai kat luar yang boleh detailkan lagi. Tapi macam mana nak dapatkan hosting tu ek? Rasa susah? Banyak perkhidmatan untuk webhosting. Search saja. Beribu-ribu ada. Pada kebiasaannya, penyedia perkhidmatan webhosting akan membenarkan anda menyewa ruang komputer mereka untuk anda gunakan dan meletakkan website anda. Mereka juga biasanya akan membenarkan anda menggunakan server email serta server database mereka. Bergantung pada pakej yang anda ambil.

Terdapat bermacam-macam pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan webhosting ini. Anda perlulah bijak memilih pakej manakah yang sesuai dengan anda. Kenalpasti apakah ciri-ciri yang ingin anda gunakan di dalam website anda. Elakkan daripada membeli pakej-pakej yang terlalu besar yang mungkin anda tidak gunakan. Anda boleh mulakan dengan pakej yang paling kecil dan kemudiannya meng”upgrade” dari semasa ke semasa mengikut keperluan anda.

Dalam webhosting ni pun terdapat ciri-ciri yang disediakan oleh webhosting provider yang perlu jugak kita semua ambil tahu. Antaranya ialah :

  • Ruang Web - menggunakan ukuran dalam MB. Kita kene tahu saiz ruang yang diperlukan untuk blog atau website anda. Bergantung pada apa yang ada dalam blog atau website anda.
  • Kadar Bandwidth sebulan - Merupakan jalan ke rumah anda. Makin besar bandwidth maka makin besar la jalan untuk ke rumah anda. Dengan kata lain besar bandwidth, ramailah orang akan melawati blog atau website anda. 1Gb dah mencukupi bagi kadar pengunjung bawah 3ribu orang dalam sebulan.
  • PSP, ASP, CGI - merupakan bahasa pengaturcaraan. Jika bina website guna php maka perlu cari webhosting yang support bahasa pengaturcaraan itu.
  • MySQL Access - Merupakan pangkalan data. Jika blog atau website kita perlukan database, maka adalah perlu mencari webhosting yang menyediakan pangkalan data tersebut.
  •  Frontpage Extension - Jika website anda dihasilkan dengan menggunakan perisian “Microsoft frontpage”, anda mungkin memerlukan ciri ini terdapat di dalam pakej webhosting anda.
  • Control Panel - Ini adalah ciri penting untuk membolehkan anda mengawal dan mengaturkan(setting) akaun hosting anda. Dengan control panel, anda boleh menguruskan akaun anda dengan hanya menggunakan pelayar internet “browser”. Biasanya, anda akan diberikan “username” dan “password” untuk anda memasuki control panel anda. Antara fungsi control panel adalah seperti menghasilkan atau memadam akaun email.
  • Support - Adalah ciri penting bagi membantu anda menghadapi apa-apa masalah yang anda hadapi di dalam menggunakan perkhidmatan webhosting tersebut.

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang ada dalam webhosting. Tapi ciri-ciri diatas merupakan ciri-ciri asas yang perlu ada dalam webhosting yang bakal disewa oleh kita. Banyak webhosting provider menyediakan pakej-pakej menarik, dan anda hanya perlu cari yang terbaik. Ada masa kita sambung lagi. Diharap info ini dapat membantu pada siapa yang tak paham lagi akan apa itu webhosting.

Sekian, wassalam.

Tuesday, 8 March 2011

Erti Sebuah Persahabatan

Salam semua...

Aku teruja benar bila melihat laman blog aku yang dah bersawang dengan tidak menulis entry2 terkini... Aku rasa kasihan melihatnya... lantas, tangan aku pun cuba menari-nari di keyboard laptop kesayanganku untuk menulis sesuatu yang bernilai dalam LeYa's Blog ni... Fikir punya fikir.... Setelah hampir setengah jam memerah otak.... Idea pun muncul.... Seketika aku terdiam... Aku termenung sepi di tepi jendela bilik ku... Menanti seseorang yang amat dirindui muncul di hadapan... Tapi, sukar bagiku untuk lakukannya... Ternyata aku tiada kuasa untuk melakukannya... Hanya mampu berdoa agar si dia selamat dan bahagia... 

Arrggghhhh.... sebenarnya aku masih lagi dalam mood peperiksaan... Masih lagi dengan kesibukan yg teramat sangat di universiti ni... Semakin hari semakin tiada masa untuk aku cuba merehatkan diri... Setiap hari ada sahaja kerja yg perlu dilaksanakan.... Aku mengeluh seketika... Tapi itulah lumrah hidup sebagai seorang yg bergelar pelajar... 

Berbalik semula kepada entry yg akan aku post kan kali ini... Aku rasa ingin menulis tentang "Erti Sebuah Persahabatan"... kenapa aku berfikir begitu?? kenapa tajuk tuh?? Ape maksud di sebalik nye??
UUuhhhhh......terlalu byk persoalan yg bersarang di dlm benak fikiran tatkala ini... Aku dengan pantas cuba memberi yang terbaik buat para pembaca di sana...

********************

Kali ini aku nak berbicara tentang erti dan nilai persahabatan. Setiap orang ada maksud tersendiri dan semuanya adalah betul dan boleh diterima pakai sebagai erti persahabatan. Aku selalu juga mengalami banyak peristiwa di mana sahabat adalah tempat aku mengadu dan juga meminta tolong. memang bagus kan kalau sahabat kita mcm tuh.

Namun dalam kita meneruskan kehidupan ini, tidak mustahil kita susah nak cari sahabat yang benar-benar sahabat. Kalau ada pun mungkin hanya menumpang kesenangan dan juga keseronokan. Namun untuk kesusahan dan kesedihan memang susah nak jumpa. Pendek kata kalo ada sikit je. hihihi
Dalam kamus aku, persahabatan aku takrifkan sebagai:

persahabatan = kepercayaan


Maka, secara peribadi aku melihat tanpa kepercayaan nilai persahabatan tak kan dirasai dan juga aku yakin banyak masalah yang akan berlaku.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu jugalah dia. Tetapi kadang2 kita terlupa mengambil kira tentang hal itu. Kita hanya cuma mengambil kira harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janji. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaan sebenarnya. Bagi kita, itu hanyalah alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kadang2 kita juga membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan untuk dia terima alasan kita. Adakah kita pernah fikir tentang perasaannya? Adakah kita tak mengambil peduli tentangnya? Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.
RENUNGILAH…
“HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.”