Rabu, 25 Januari 2012

Hanya Dikau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Telah sekian lama aku menyepi tatkala manusia di muka bumi ini sibuk menjalani tugas harian masing2... Aku juga menyibukkan diri dengan menjalani aktiviti harianku tanpa memikirkan masalah yang kurasa remeh... Aku ingin menjadi insan berguna buat ibu ayah aku serta insan terbaik buat ahli keluargaku...

Pada tanggal Februari, 09 20**, aku telah dilamar kembali oleh insan yang benar2 buat aku sayangi. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan baik hati. Juga cukup segalanya untuk diri ini menyemai kasih bersamanya nanti. Bukan paras rupa ku cari. Namun, cukup hanya taat perintah Allah dan hormat akan kedua ibu bapa ku serta tidak melakukan perkara2 terkutuk... Alhamdulillah... dia yang ku perhatikan amat baik sekali... Aku begitu terharu dengan tanggungjawabnya terhadap aku tika aku sakit, tika aku kesedihan dan bermacam lagi... Begitu sukar untuk dikatakan betapa beruntungnya aku dapat memilikinya. 

Dan kerana itu, aku telah mendapat tawaran latihan industri jauh dari pandangannya. Saat hati berjauhan, rindu datang menjelma... Sukarnya memadam rindu di hati hanya Tuhan yang tahu.. Aku terlalu merinduinya... Namun, dia sanggup datang berjumpa ku untuk menghilangkan rasa rindu di hati ini... Ya Allah! aku bermohon kepadamu, kau lindungilah insan yang aku sayangi ini dari segala malapetaka buruk yang tidak diingini. Kau lindungilah dia sebagaimana kau melindungi kaum mukmin... Begitu panjang doaku ketika beliau dalam perjalanan menemui aku...


Dan hari ini, genap 7 bulan aku jauh di pandangannya... Aku dapat menyesuaikan diri dan keadaan... Ketika itu juga suara2 telah mula timbul mengatakan bilakah kami akan diijabkabulkan setelah lama bersama sebagai pasangan kekasih. Aku mula gusar dan kunyatakan hasrat mereka itu kepada beliau... Namun, pantas aku mematahkan kata-kata itu dengan menyatakan yang aku ingin bekerja dahulu... Beri masa aku untuk memperolehi pendapatan sendiri setelah hampir 6 tahun belajar... 


Kerna itu, aku sedaya upaya dalam masa setahun ini bekerja keras untuk memenuhi impianku sebelum diijabkabulkan bersama insan tersayang.... InsyaAllah dan Amin...

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com