Followers

Tuesday, 23 October 2012

UTeM Konvokesyen ke-8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 21 Oktober 2012 yang lalu, LeYa telah menghadiri satu majlis konvokesyen LeYa di UTeM, Melaka. Wah..seronok rasanya. Akhirnya, LeYa berjaya juga memegang segulung Ijazah. Berkat doa dari ibu bapa serta keluarga dan orang tersayang, LeYa mampu mengharunginya sehingga berjaya. Inilah bukti yang LeYa tunjukkan pada ayah dan ibu yang banyak memberi selama ini.

Pada Mr. F yang disayangi juga LeYa tidak lupakan kerana beliau juga banyak membantu untuk LeYa terus berjaya. Akhir kata dari LeYa terima kasih pada semua yang telah membawa LeYa ke arah kejayaan dengan cemerlang. Doakan LeYa dengan kehidupan yang lebih sempurna di masa hadapan.












Wednesday, 17 October 2012

Saya dan kanak-kanak riang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah lama LeYa ingin membuat entry yang ini. Tapi asik tidak berkesempatan sahaja. Dan pada malam ini, LeYa dapat juga siapkannya... Selama 2 bulan LeYa memegang jawatan guru tadika di Tadika Iman CC Port Dickson, banyak pengalaman yang LeYa tempuhi. Pelbagai ragam kanak-kanak di antara umur 4 hingga 6 tahun LeYa harungi... Ada yang nakal, degil, dan macam-macam lagi... Hehehehe... Penat juga melayan kerenah mereka ni... Kadang-kadang balik jer rumah terus tidur tak sedarkan diri... Sebab tu nak online and update blog pun tak sempat... Isk3x... Lama-kelamaan LeYa dah biasa... Dah jadi rutin harian. Dah boleh juga online seperti biasa... Tapi dah tak kerap la macam selalu... Kalau dulu 24jam laptop LeYa sentiasa on. Hanya dengan status idle, kini LeYa mengurangkan masa online lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja... Hahahahha.... jauh sangat kan perbezaan tu... Sebab LeYa dah kerja... Lebih baik LeYa rehatkan badan untuk menjalani keesokan harinya daripada mengadap berjam-jam di hadapan laptop... 

Semestinya LeYa bercerita mengenai kanak-kanak Tadika Iman CC Port Dickson dan bukannya diri LeYa. Jadi, untuk menghiburkan hati para blogger LeYa yang disayangi mari kita lihat telatah pelajar-pelajar ini dengan pelbagai aksi dan gaya mereka yang tersendiri.

Gambar kenangan bersama kanak-kanak Tadika Iman CC, Port Dickson

Menurut arahan cikgu...hehehe...

Bermain bersama cikgu...

Suasana pembelajaran di kelas

Bermain bersama kawan-kawan di luar

Aktiviti memberus gigi untuk menjaga kesihatan diri

Mari Mewarna...Yeahh...

Khusyuk mendengar arahan dari guru mereka




Thursday, 11 October 2012

Segmen : Cik Misya Nak Follow!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

LeYa jalan2 baca entry kawan2... Terima tag lagi...huhuhu...join jangan tak join... 

Cara-cara nak join Segmen : Cik Misya Nak Follow!:

1) Wajib la follow blog beliau + blog LeYa. Nanti LeYa pun boleh follow balik..hehehe... (up trafik kejap)
2) Wajib klik link INI (Tanda sokongan anda) ^_^
3) Buat satu entry bertajuk Segmen : Cik Misya Nak Follow!
4) Tampalkan banner Arabian Girl Cik Misya dalam entry tu dan link ke blog beliau.
5) Nyatakan jumlah follower korang dan explain secara ringkas kenape korang nak follower ramai-ramai?




Jumlah Follower LeYa:


Kenape LeYa nak follower ramai-ramai:

1) LeYa nak promosi kan perkhidmatan LeYa Production pada orang ramai.
2) LeYa suka baca entry orang dan terus follow orang tuh...Jadi biar orang lain pun macam LeYa...hehe..
3) Teruja tengok blog orang lain ramai follower...

Thursday, 4 October 2012

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suasana malam yang hening ini membuatkan LeYa rajin untuk blogwalking dan baca entry2 terbaru dari rakan2. Dan apabila LeYa terjah ke blog myideakini, LeYa dapati ada satu contest "Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?". LeYa pun mengambil kata putus untuk join contest tersebut...

! ►MYideakini [dot] com◄ !

Kenapa Aku Terjah
>> sebab LeYa suka baca maklumat2 yang terdapat di dalamnye...

Kenapa Aku Follow?
>> dah suka baca entry, follow la..ape lagi..nak dapat entry terbaru dengan cepat... Dan lagi, blog ni lah yang telah bagi LeYa trafik percuma mempromosikan blog LeYa di dunia Internet...hehehe... Terima kasih myideakini...

Dan akhir sekali, aku ingin tag pada rakan2 blogger ku yang aku rase ingin tag pada blog die.... Jeng3x....:

Mama. Nadim.Zafril

Journey of  Perantau

!                                                            acuyuhan


Itu saje yang LeYa dapat tulis malam ini.

Wednesday, 3 October 2012

Terkejut saya....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Jalan-jalan malam memerhatikan aktiviti blog. Kelihatan satu mesej dari Myideakini yang memberitahu LeYa telah terpilih [REVIEW] Followers bagi blog beliau. Terkejut jugak la LeYa baca entry tersebut... Beliau telah membuat satu trafik percuma untuk blog kesayangan LeYa ni... hehehehe... Terima kasih tak terhingga la kan pada beliau yang susah payah mempromosikan blog yang tak seberapa ini... dah lah buruk, kadang2 tak update lak tu... Tapi tak sangka kan terpilih di antara followers beliau. Alhamdulillah....

Ini adalah header blog beliau yang sudi membuat trafik saya bertambah...Terima kasih...

Untuk para blogger LeYa yang ingin membaca entry LeYa dalam blog beliau, bolehlah klik di link bawah ini:


Salam sayang buat LeYa untuk para blogger yang dikasihi....