Ahad, 18 Ogos 2013

Majlis Perkahwinan Sarah & Anas

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera....


Selesai sudah majlis perkahwinan sepupu saya, Siti Sarah binti Mustaza. Majlis Perkahwinan yang dirancang lama akhirnya selesai juga semalam 17 Ogos 2013 bersamaan 10 Syawal 1434H. Sarah, sepupu saya merupakan seorang yang lemah lembut, sopan dan baik. Beliau juga tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.. Dan kini, diijabkabulkan dengan seorang lelaki dari Terengganu yang juga baik perilakunya. 

Saya juga tumpang gembira dengan majlis perkahwinan sarah ini. Moga beliau menjadi isteri solehah dan berkekalan hingga ke syurga. Sempat juga saya mengambil gambar2 kenangan untuk disemadikan dalam blog kesayangan saya ini.

Sarah + Anas bersatu jua
Pelamin Nan Indah

Candy Crush Corner..
Jom potong kek sama2...

Kini kita sudah bersatu..

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com