Followers

Monday, 30 September 2013

Asyik benar mengemas....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Asyik benar mengemas barang-barang lama milik LeYa dahulu, LeYa terlihat akan satu buku karangan English milik LeYa semasa berada di Tingkatan 1. LeYa membuka lembaran demi lembaran kertas buku itu dan terhenti di satu tajuk yang membuatkan LeYa berfikir sejenak. Lantas, LeYa menuju ke arah laptop kesayangan dan menari-nari jari LeYa menulis kisah di blog ini. Tak sangka saat ini boleh terjumpa kenangan lama. Kelakar sangat bila baca balik karangan dulu2... Hehehehe...

"The Importance of Reading"
       Reading is a good habit that everyone should pick up during one's free time. Through reading we can argue knowledge. That was why most intellectuals said "Reading is the key to knowledge". Only those who like to read a lot has wide knowledge.
       When I am in five years old, my parents teach to me reading a lot of books. Firstly, I am so bored. Then, I feels happy when I read many books. My parents teach at me until I am ten years old. When I am in ten years old, I can read very fast. I feels so happy and thanked to my parents. I think reading is very important to our people.
       Sometimes, school pupils should read a lot. Apart from reading school textbooks, pupils should also read story books, magazines and newspapers. Reading story books or magazines can improve our usage of language, increase our vocabulary, help to widen our knowledge and shape our thinking and character. 
        Through reading of newspaper, we can know what is happening in the country and outside our country. It also widen our knowledge about what was happening around us.
         In the modern world, reading is very important to our persons. Everybody needs to know how reading is very important especially the students. They must learn reading because they must answered the paper examination. They also must learn reading to go to the university, overseas or interview that kinds many way to communicate people during we know reading through reads the tips "How to come in the interview session" for searching the jobs.
         Let us read, not just to pass examination but also to get pleasure out of reading. Make it a habit that all Malaysians will one day acquire.

Begitulah pengakhiran cerita yang dikarang oleh LeYa ketika cikgu menyuruh menulis karangan Kepentingan Membaca. Semoga para pembaca terhibur dengan tulisan dan karya LeYa ini.

Saturday, 28 September 2013

Episod 8: Manisnya Cinta

          Aku mencoret sebaris ayat di atas kertas kosong di hadapanku. Sambil termenung menongkat dagu, aku ulang menyebutnya berkali-kali di dalam hati. Cuba mentafsir, mencari makna daripada sebaris ayat itu mengikut situasi yang aku alami kini.

"Hidup tidak selalu indah, hati tidak selalu gelisah".

"Angah!"

Suara ibu itu menghanyutkan lamunanku. Aku menyahut panggilan ibu dan bergegas lari anak ke arah ibu.

"Tolong ibu jap angkat pasu bunga ni" kata ibu setelah aku sampai di situ.

Lantas aku mengalihkan posisi pasu bunga yang disuruh ibu itu. Aku hanya menurut segala perintah ibu. Tidak sukar untuk menjadi anak solehah jika kemahuan ibu ayah semua dituruti.

Aku kembali ke ruang kamar untuk berimaginasi. Aku memberi sepenuh perhatian kepada lakaran yang dibuatku sebentar tadi. Sesekali aku teringat akannya. Teringat ketika dia membawaku berjalan ke mana sahaja aku ingin tuju. Ramai yang menyangka dia adik aku kerana faktor saiz badannya yang kecil. Hubungan cinta kami yang terjalin indah sekali. Aku terpandang lagi sebuah potret gambar yang terletak di atas meja komputer jelas terpamer wajah ceria kami berdua. "Ah! Indahnya waktu itu..."

Apabila dikenang-kenangkan, seribu kisah percintaan kami, terasa meninggalkan momen indah buatku. Aku bertambah sayang akannya dengan sikap yang romantis dan selalu mengambil hati dan perasaanku. Tiba-tiba aku teringat yang majlis pernikahan kami hanya tinggal lagi 7 bulan. Memang kalau orang luar cakap lama lagi namun bagiku ia tidaklah lama mengenangkan banyak lagi persiapan yang belum dibuat. Majlis Perkahwinan yang pertama dan terakhir untuk kami itu hendaklah menjadi memori terindah buat kami. Namun, aku percaya pada ketentuan Ilahi. Jika Dia berkehendakan seperti biasa aku hanya menuruti. AKu adalah insan kerdil yang tidak mampu melawan kekuasaanNya.

Ibu sudah mula sibuk mengumpul barang-barang yang boleh digunapakai semasa majlis perkahwinanku itu nanti. Aku hanya memerhati dan tersenyum apabila ibu lah orang pertama yang sibuk melakukan itu ini. Sama juga seperti abangku dahulu. 

Berseri-seri wajah ibu ingin menerima bakal menantu kedua. Segala nasihat dan tunjuk ajar ibu kepadaku dituruti kerana aku adalah satu-satunya anak perempuannya. 

"Menjadi seorang isteri ini tidaklah mudah. Kamu kena tahu tu. Semua kelengkapan suami mesti dituruti. Masak disediakan. Pakaian dibasuh, disiapkan. Kemas rumah dan banyak lagi" pesan ibu kepadaku.

Wahhhh.....banyak betul pesanan ibu kepada anak tunggal perempuannya ini...

Aku hanya akur ketika ibu memberi nasihat. Ketika itu telefonku berdering menandakan ada panggilan masuk. Lantas aku mencapai dan mengangkatnya. Ternyata nama dia yang tertera di skrin. Hatiku berbungan bahagia dan menjawab salam dengan penuh gembira di hati.

Kami berbual mesra di corong telefon agak lama. Dia yang terkenal sering melakukan lawak ringkas kepadaku membuatku selalu ceria apabila bersamanya. 

"Manje..." Merdu benar suara dia bercakap ketika itu. Aku senyum sahaja menahan malu apabila diperlakukan begitu seperti anak kecil keriangan.

Kadang-kadang bergenang juga air jernih di kolam mata tanda kegembiraan di hati. Hati seorang wanita tatkala disentuh dengan baik akan senantiasa diingat hingga akhirnya kerana hati wanita sangat halus dan mudah tersentuh. Aku meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana hari sudah makin tengah hari. Aku ingin membantu ibu memasak di dapur. Dia akur dan mengucapkan salam sayang kepadaku. Ah! Indahnya saat itu.

Aku berdoa semoga ikatan ini membawa kami ke jinjang pelamin yang indah tidak lama lagi. Sesungguhnya Allah akan sentiasa mengurniakan pahala pada apa juga kebaikan yang dilakukan oleh setiap hamba-NYA. 

Perbualan kami terputus ketika itu kerana ingin menjalankan aktiviti harian masing-masing sebelum melakukan bersama nanti. Aku bangun dan keluar dari ruang kamarku pergi ke arah dapur untuk membantu ibu. Hati berbunga riang saat itu setelah dapat meluangkan sedikit masa berbual dengannya tadi. Walau tidak berjumpa di hadapan mata, aku tidak kisah kerana itu lebih baik dari menimbulkan syak orang ramai terhadap kami berdua. Kami sentiasa menjaga batas-batas pergaulan kami hingga mendirikan rumah tangga dalam masa 7 bulan sahaja lagi.

>> Bersambung....

Friday, 27 September 2013

Rezeki yang Allah Beri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ketika kaki melangkah di hadapan laptop kesayangan dan perlahan-lahan duduk di kerusi empuk, otak mula ligat memikirkan apa yang ingin ditulis ke dalam blog ini. Ketika itu juga, LeYa mendapat panggilan dari abang ngah kepada Incik Tunang untuk melakukan satu tugasan. 

Apa tugasan itu???

LeYa mendapat satu lagi peluang mencari duit darinya. Beliau yang akan berkahwin pada awal November ini menyuruhku menyiapkan Kad Undangan Perkahwinan untuknya serahkan kepada rakan-rakan terdekat. Tidak banyak yang perlu dicetak. Hanya 100 keping... Bagiku syukur alhamdulillah kerana mendapat rezeki yang diberiNya. Kalau pada permulaan 100 keping, siapa sangka akan datang menjadi berlipat kali ganda. Itu semua rezeki yang datang dari-Nya. Kita insan yang kerdil di muka bumi ini hanya berusaha, berdoa dan bertawakal dengan kemahiran yang diberi-Nya ini.
Kad Kahwin Moden
Antaramuka Depan
Kad Kahwin Moden
Antaramuka Belakang
Kad Kahwin ini tidaklah secantik yang dibuat oleh pakar namun bagi LeYa ia memberi seribu makna kerana kad ini adalah hasil yang pertama direka dan akan dicetak oleh LeYa sendiri. Moga dengan cetakan pertama ini, LeYa akan memperolehi lagi pendapatan melaluinya.. hehehe.... Syukur ke hadrat Ilahi dengan pemberianMu aku mampu meneruskan liku-liku hidup di bumiMu ini.


Thursday, 26 September 2013

Apabila Sudah Lama Tidak Menulis Menggunakan Pen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masih juga tidak berputus asa untuk memohon jawatan kosong di sektor awam mahupun swasta. Pagi ini LeYa baru menyiapkan kesemua borang-borang jawatan kosong UiTM di tiga buah negeri untuk di post ke pejabat pentadbiran masing-masing... 

Fuuuhhhhh....lenguh tangan tak payah nak cakap la... Tapi ada satu borang tu.. LeYa taip jer pada laptop kesayangan ni... Lebih kemas dan teratur bila pandang kan... Hehe... Yang lain2 hanya menulis menggunakan tangan yang diberi Allah S.W.T.. 

Lama juga LeYa tidak menulis dengan pen ni... Buruk tulisan...hehehehe.... Almaklumlah sekarang dunia IT... canggih kata kau... Teknologi di hujung jari... Sampai menulis guna tangan pun dah jarang sekali... Aduyai....parah ni bila akan datang nanti... Kene dibendung agar suatu hari tiada la yang buta tulis... Hehehe...

Ok lah... LeYa berdoa moga kali ini ada lah sinar baru untuk LeYa menempuh kerjaya di dunia luar. Pada rakan-rakan LeYa, doakan kejayaan LeYa ya... 

Jawatan Kosong UiTM
Borang JawatanKosongUiTM 3Buah Negeri...

Wednesday, 25 September 2013

Ya Allah! Tunangku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Malam kian berlabuh tirainya. Baru malam ini LeYa dapat menulis rentetan perjalanan di blog kesayangan ini.

Kenapa dan Mengapa ia berlaku??

Semalam...LeYa dikejutkan berita Incik Tunang kemalangan semasa hendak ke tempat kerja.
Dan semalam sebelumnya LeYa mendapat lagi satu berita di mana sahabat LeYa semasa menuntut di bumi UTeM waktu ketika dahulu telah pun kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirrajiun. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 beriman. Setiap perilaku beliau sebelum ini amatlah disegani rakan2 kerana beliau sangat mulia dan baik.

Berbalik pada kisah Incik Tunang... LeYa pun menghidupkan enjin kereta pagi ini untuk meneruskan perjalanan ke Melaka. Hati tatkala itu hanya Allah yang tahu. Rintihan hati seorang bakal isteri kepada bakal suaminya...

Kereta pun meluncur laju membelah lebuhraya selatan... Tiba di tol Jasin, pantas membayar bil nya dan meneruskan perjalanan ke rumahnya... Di hadapan rumahnya, LeYa dipelawa masuk setelah memberi salam. LeYa berjabat tangan dengan bakal ibu mertua dan bertanya khabar akan anaknya iaitu Incik Tunangku.. Tatkala itu juga beliau terus keluar dari biliknya dengan keadaan luka sana sini. Kasihan LeYa melihatnya.

Lama LeYa di situ membantu apa yang perlu. Satu panggilan telefon dari tempat kerja Incik Tunang memberitahu beliau dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke bahagian lain. ALHAMDULILLAH....syukur dengan limpah kurniaNya. Tidak disangka saat sedang sakit ini masih dapat menerima berita gembira. Benarlah setiap ujian yang Allah beri itu hanya Dia yang tahu.

Kemalangan JalanRaya
Gambar yang menyayat hati ini...
Kenangan
Gambar Kenangan Arwah (Muhammad Nor Afiff) semasa Konvokesyen tahun lepas


Tuesday, 24 September 2013

Jana Pendapatan Melalui Blog


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Duit

Semalam aku keluar untuk pergi photostate sijil2... Dan kemudian, terdetik di hati untuk meninjau baki simpanan dalam bank... 

Dan aku terkejut... Pendapatan blog aku dah dimasukkan... Aku pun keluarkannya untuk membuat duit perbelanjaan harianku... 

Alhamdulillah... segala puji bagiMu... Aku masih mampu mengecap kebahagiaan di dunia ini. Aku bersyukur sangat2 dan berazam untuk lebih gigih dalam kerjaya sebagai seorang blogger... YA! Siapa kata blogger tidak boleh menerima pendapatan?? Ramai yang dah buktikannya. Saya juga dah pun buktikannya. 

Terima kasih jua pada rakan2 LeYa's Blog yang banyak membantu saya dalam menulis entri di blog selama ini. Jasa kalian amatlah saya hargai... Iloveyousomuch...hehehehe....

Monday, 23 September 2013

Tegar - Justin Bieber Indonesia



tegar septian

“Aku yang dulu bukan yang sekarang,dulu ditendang sekarang di sayang…” lagu kanak-kanak ini kini selalu dimainkan di corong radio Malaysia dan diminati kerana lirik dan melodinya yang simple dan senang di ikut. Lagu ini dicipta sendiri oleh Tegar Septian berdasarkan pengalaman hidupnya.

Beliau asalnya seorang pengamen kanak-kanak atau bahasa kita pengemis jalanan dengan menyanyi untuk mencari makan. Di Indonesia pengamen-pengamen ini adalah pemandangan biasa. Mereka berkeliaran di mana-mana termasuk di tengah jalan yang sibuk. Dari sekecil-kecil berusia 4-5 tahun hingga ke orang tua kerana di sana susah untuk mendapat kerja. Sebab itu tidak dinafikan rakyat Indonesia ini kreatif kerana terpaksa untuk mencari makan. Kanak-kanak kita pula dah terlalu kenyang sampai nak keluar bermain di padang pun malas. Sedap bermalas-malasan di depan laptop bermain game.

Tegar Septian, mula dikenali apabila video nyanyiannya diupload ke youtube oleh seorang mahasiswa yang mendapat hit sehingga 6 juta. Kemudian dia memasuki pertandingan nyanyian di radio dan menjadi juara dan akhirnya masuk ke studio rakaman yang mengubah hidup kanak-kanak berumur 11 tahun ini dari orang miskin menjadi kanak-kanak yang kaya raya.

Kisah hidup beliau lebih kurang sama dengan Justin Bieber. Walaupun kanak-kanak ini tidak sepatutnya menjadi idola kepada anak-anak kita (menjurus nak jadi artis) namun semangat kuat kanak-kanak ini untuk survive menjadi berjaya boleh dijadikan motivasi.

Biodata Diri Tegar:

Nama: Tegar Septian
Kota Kelahiran: Pemalang
Tarikh Lahir: 19 September 2001
Anak Ke?: Sulong dari 4 adik-beradik
Sekolah: Yayasan As-Salafi


Sunday, 22 September 2013

CPUV NUFFNANG: FORD MCA LAUNCH (SEPT)



duit den bertingkek-tingkek

CPUV Nuffnang: Ford MCA Launch (Sept) | Alhamdulillah.... seronok yang teramat sangat. Duit masuk berlimpah-limpah lagi. Moga dipermudahkan segala urusan. 

Baru nak tutup blog ni, LeYa terkejut bila tengok ade BE / CPUV dari Mr. Nuff. Dan tarikhnya baru bermula semalam. Syukur alhamdulillah sekali lagi LeYa memperolehi pendapatan sempena Ulang Tahun LeYa's Blog ke-6 ini. 

Nampaknya kali ini LeYa's Blog menerima iklan terbaru dari nuffnang. Ini merupakan CPUV/BE ke-7 yang diberikan untuk tahun 2013 ini. 

LeYa juga banyak mengklik iklan rakan-rakan blogger yang turut mempunyai iklan sama dengan LeYa bagi menyokong mereka tersebut.

Terima kasih Nuffnang! Terima kasih Ford MCA Launch!


Ulang Tahun LeYa's Blog 6 Tahun



Setelah 6 tahun LeYa's Blog muncul di Dunia Blogging.
Alhamdulillah....
Begitu lama ia persada di dunia Internet...

Sempena ulang tahun LeYa's Blog yang akan muncul tiba pada bulan Oktober depan...
LeYa ingin membuat trafik percuma kepada rakan-rakan blogger LeYa yang selama ini banyak memberi sokongan dan harapan dalam LeYa menulis blog ini.

Tanpa anda semua, LeYa sudah tentu tidak boleh menulis dengan baik.
Dan kemungkinan LeYa's Blog juga tidak akan muncul di sini hari ini.

Pemilihan blog adalah mengikut random picker. LeYa menggunakan pilihan "Typewriter" untuk 2orang dan 3orang lagi menggunakan "Fruit Machine". 

Bagi yang tidak terpilih dalam "Senarai 5 Orang Bloglist LeYa untuk Ulang Tahun ke-6" ini diharapkan bersabar dan tunggu untuk yang akan datang.

1) Blogger Cantik

2) Blogger Comel

3) Blogger Hebat

4) Blogger Comel


5) Blogger Cantik

 
Jadi, kepada 5 orang rakan blogger terpilih sila copy n paste banner yang tak berapa cantik ni dan diletakkan dalam blog anda... 




Semoga ukuwah fillah yang kita bina selama ini terjalin dengan lebih mesra lagi.



CONTEST: TEKA WARNA BAJU PENGANTIN BY MAMA DARWIISH



BAJU PENGANTIN
CONTEST: TEKA WARNA BAJU PENGANTIN BY MAMA DARWIISH

Haiiii semua... Pagi Ahad ni LeYa berkesempatan lagi untuk menyertai satu contest anjuran MAMA DARWIISH yang bertajuk CONTEST: TEKA WARNA BAJU PENGANTIN BY MAMA DARWIISH.

Apakah Warna Baju Pengantin Mama Darwiish???

LeYa rasa warna nya adalah PURPLE+KUNING. Betul tak Mama??? Hehehehe...

Kenapa PURPLE+KUNING??? Kenapa tak hijau ker biru ker merah ker??
Lorrrr....pendapat LeYa kan... LeYa rasa itu yang terbaik untuk LeYa...hehehe... Ok2...gurau je laa... LeYa pilih tema tersebut disebabkan kebanyakan pengantin sekarang lebih memilih warna ungu. Tapi tak salah pun kalau warna lain. Ini mengikut survey dan citarasa LeYa jer dalam memilih kriteria warna yang dipinta mama itu.

Untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan yang dianjurkan mama, bolehlah klik pada banner di atas atau pada link yang dibuat.

Saturday, 21 September 2013

Kini Berwajah Baru


Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T., LeYa's Blog kini telah berwajah baru. Penukaran layout ini adalah kerana terdapat masalah teknikal dan membuatkan pemilik blog iaitu LeYa untuk membuat pembaharuan dalam blognya. Fuuuhhhhh.....penattttt.......... Macam2 ragam betul la blog ni... Kite jage die punye la baik kan... Hehehehehe....

Harapan LeYa agar rakan-rakan blogger selesa dan suka dengan layout baru LeYa ini. Jika ada terdapat pertanyaan atau sebarang kemusykilan mengenai layout baru ini, bolehlah hubungi pihak yang membangunkan Laman Blog ini. 

LeYa sudahi ucapan syukur yang tidak terhingga kerana diberi kesempatan untuk LeYa berblogging di blog kesayangan LeYa ini yang sudah mencecah usia 6tahun. Segala kenangan dengan blog ini tersimpan kukuh di sanubari. LeYa juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AM dan LyssaFaizureen kerana sudi berkongsi tutorial blognya. 

Friday, 20 September 2013

Kepada Sahabat


Nukilan: Illya LeYa
Terbitan: LeYa Production (Hehehe...promote website business sendiri)
Tajuk: Kepada Sahabat
Tahun: 2006

Tidak cukup perkataan untuk kuucapkan
Terima kasih kepada sahabat
yang berbudi dan banyak membantu
di kala kesulitan

Selebihnya
sahabat yang ramai
yang mempamerkan aneka wajah
yang jelik dan ceria
namun itu hanyalah batas
renungan dalam mencari
erti keramaian
dan persahabatan

Selebihnya
Tidak cukup untuk kukatakan,
untuk kugambarkan
betapa sukarnya memadam
goresan hati
dan pedih kata disakiti
Namun segala-galanya luput
Atas nama persahabatan

Maka atas kesilapan
Kupohon maaf
atas keterlanjuran memusuhimu
dalam sepi dan terbuka.

Awesome Giveaway by Tasha Aqisha


Blogger Terhebat

Iolls tak sangka la sekarang ni ramai betul buat GiveAway. Seronok iolls tengok. Iolls pula masih belum berkesempatan nak buat GA ni. Diharapkan suatu hari nanti iolls buat ye... Doakan la. Thanks for Tasha Aqisha and Good Luck k..

Thursday, 19 September 2013

First GiveAway by Vallarys



Memberi penghargaan kepada rakan blogger dengan join GA pertamanya...

Ingin join klik SINI atau pada banner di atas.



Dua rakan LeYa yang di tag:




Terima CPUV lagi



Hai All...
CPUV LeYa baru singgah di sini...
Iklan tersebut datangnya dari Digi Prepaid Project Zoom.
Thanks a lot to Mr. Nuff yang disayangi...
Syukur Alhamdulillah kerana dilimpahi kurnia ini...

Segmen: Bloglist Istimewa Ayuinsyirah Tahun 2013



Pagi khamis ni, LeYa join lagi satu segmen iaitu Segmen: Bloglist Istimewa Ayuinsyirah Tahun 2013... Segmen ini adalah segmen yang sangat simple dan tidak mempunyai banyak syarat. Nak join segmen, sila klik di SINI atau klik pada banner di atas. 

Wednesday, 18 September 2013

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN


BEN ASHAARI


Alhamdulillah sekali lagi LeYa join satu segmen dari blogger terhebat kita iaitu Abg BEN ASHAARI. Segmen dari beliau ini berlangsung hanya 2jam sahaja iaitu akan tamat pada jam 11.00 malam ini. Jadi, LeYa melakukan aktiviti menulis segmen ini dengan pantasnya.

Pendapat / Pengalaman dalam menjana pendapatan di LeYa's Blog ini:

LeYa tidaklah sehebat blogger BEN ASHAARI yang mampu menjana pendapatan beribu-ribu sebulan. Tapi, cukuplah LeYa juga mempunyai pendapatan sampingan yang boleh dibanggakan sendiri dengan menulis di blog kesayangan LeYa ini. LeYa menjana pendapatan melalui syarikat pengiklanan yang semakin melonjak naik kini yang digelar sebagai Nuffnang. Pada pendapat LeYa, tidak salah jika sekarang kita memperbanyakkan pendapatan sampingan dengan arus kemodenan dan kecanggihan dunia yang memerlukan wang sebagai aset untuk pembelian apa sahaja yang dingini. Oleh itu, medium yang paling mudah untuk seseorang menjana pendapatan sampingan adalah melalui blog. Dengan hanya berblogging dan rajin menimba ilmu melalui rakan2 blogger lain serta mencari maklumat di enjin carian, tidak dinafikan lagi kita juga mampu untuk meraih pendapatan yang dikira dapat memberi kegunaan kehidupan seharian. Pengalaman LeYa dalam menjana pendapatan sampingan melalui blog ini tidaklah menarik di mata ramai. LeYa sering memperbaiki mutu dan gaya penulisan LeYa agar suatu hari nanti blog ini juga mampu menjana pendapatan berlipat kali ganda dengan disertakan doa, usaha dan tawakal dari LeYa. 
Pengalaman LeYa dalam menjana pendapatan bersama syarikat pengiklanan Nuffnang ini memberi kesedaran pada LeYa untuk lebih giat lagi dalam dunia blogging. Terima kasih juga LeYa ucapkan kepada Nuffnang kerana sudi memberi blog saya sebagai medium untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Sekian sahaja yang dapat LeYa katakan pada segmen BEN ASHAARI ini. 

Periksa Kelajuan Blog


Hai all... Petang2 ni LeYa buat check up ke atas blog kesayangan LeYa ni... Berapa kelajuan dan kepantasan blog LeYa ni untuk dipapar oleh rakan-rakan semua. 

LeYa menggunakan 3 tools untuk merekod masa kelajuan blog ini. Pelbagai keputusan telah dibuat oleh setiap webpage kelajuan tersebut. Hasilnya, LeYa's Blog masih dalam tahap LAJU untuk diloading lamannya. Alhamdulillah... LeYa memang tak suke pun lambat2 ni... Nasib baik laa blog kesayangan milik LeYa ni tak la lambat dan takde la pulak nak cakap terlampau laju. But, LeYa harap para pembaca / rakan blogger LeYa berpuas hati bila loading page blog ni. 



GIVEAWAY ULANG TAHUN PERTAMA GREENAPRICOT




Hari ini LeYa join satu GA dari Green Apricot sempena ulang tahunnya yang pertama. 

Tahniah juga diucapkan dari LeYa sempena ulang tahun pertama ni.

Untuk rakan-rakan yang ingin join segmen ini, ia sangat mudah je.. Anda hanya perlu klik pada banner di atas dan anda hanya dikehendaki mengikut syarat-syarat yang diberikan. 

Hadiah juga disediakan amat menarik bagi LeYa.

Jadi!!! Apa tunggu lagi... Jom sama-sama kita meriahkan GA ulang tahun pertama GREENAPRICOT

Wordless Wednesday



Tuesday, 17 September 2013

Melihat keindahan di Singapura



Dua minggu yang lalu, LeYa telah berkunjung ke negara jiran iaitu Singapura bersama ahli keluarga Mr. F. Perasaan pertama ke sana pada mulanya teruja ingin melihat keindahan di negara orang. LeYa ke Singapura kerana menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu Mr. F iaitu Khairullah dan pasangannya, Mardhiah. Bagai pinang dibelah dua. Pengantin serasi dipadankan di atas pelamin nan indah. Majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di sana sama juga seperti di Malaysia. Yang memberi kelainan di sana adalah segala kelengkapan seperti pasukan kompang, bunga manggar disediakan oleh pihak lelaki sahaja dan dibawa berarak bersama menaiki bas ke rumah pengantin perempuan. Majlis jamuan mereka tidaklah begitu ramai seperti di sini. Tetamu mereka hanyalah di kalangan yang terdekat dan rapat sahaja. Mungkin hanya dalam lingkungan 500-1000 orang sahaja. 

Tips Pengantin
Pasangan bahagia dari Singapura. -KHAIRULLAH + MARDHIAH-


Usai majlis perkahwinan, semua kelihatan penat dan berehat awal. Pada keesokannya, Mr. F membawa aku menaiki MRT (Mass Rapid Transit, Singapore) berjalan ke sekitar bandar Singapore. Kami ke Orchard iaitu bandar utama di sana. Bangunan tinggi2 hingga ke puncak dan keadaan persekitaran yang bersih memberi persepsi di mana masyarakatnya sangat berdisiplin dan menjaga kebersihan. 

Di Orchard Town berjalan melihat kawasan bandar Singapore



Bila perut lapar, makanan dihidang habis dimakan.
Harbour Front
Melihat keindahan di Harbour Front

Mr. F yang membawa saya ke sini.

Okeylah cukup lah ini yang LeYa upload di blog nie.. Untuk paparan gambar selanjutnya, anda semua boleh melawati di Laman Facebook LeYa... dan pergi ke page LeYa Production.

Monday, 16 September 2013

Pentingnya Menulis Entri...



Alhamdulillah...LeYa masih mampu untuk kemaskini blog kesayangan milik LeYa ini. Sudah 2 minggu LeYa menyepikan diri dari dunia blog. Ini kerana bukan LeYa bosan atau malas untuk kemaskini entri terbaru tetapi dalam masa 2 minggu itu LeYa tidak sempat untuk menulis entri kerana:

  1. Minggu Pertama - LeYa mengikuti Mr. F dan keluarganya ke Singapura menghadiri satu Majlis Perkahwinan sepupunya di sana. Sempat juga LeYa berjalan menikmati keindahan di negara orang.
  2. Minggu Kedua - LeYa menuruti keluarga ke Terengganu menghadiri Majlis Perkahwinan Sarah&Anas di sana.
Kelewatan LeYa untuk membuat entri selama dua minggu terjawab juga dengan kehadiran entri pendek dan ringkas ini..

(Gambar2 akan diupload pada entri berikutnya..)

Entri ini tiada kaitan langsung dengan tajuk yang diberikan... Penulis blog hanya ingin memberitahu kelewatan beliau kerana tidak mengemaskini blog dengan entri terbaru selama 2 minggu lamanya. Jadi, Penulis LeYa's Blog mengambil kesempatan untuk memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan. Juga memohon maaf sekiranya selama menulis kisah-kisah di blog ini ada yang mengguris hati dan perasaan. Ingatlah bahawa setiap manusia tidak sempurna dalam melakukan aktiviti hariannya.