Followers

Thursday, 31 October 2013

Rating Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Tengok gambar kat atas tuh... Haishhh.... bila lah semua bintang tu nak penuh kan... En. Nuffnang tolonglah saya apa cara lagi untuk saya penuhkan bintang-bintang kecil di atas... Okay! saya nak minta jasa baik kawan-kawan saya la.. Hope korang semua boleh bantu LeYa dalam memenuhkan bintang-bintang itu agar kelihatan penuh dan berkelipan dengan warna kuning keemasan.. Hehe... Yang paling agak sedih untuk bintang "Skycraper"... Hanya mampu memiliki 2 sahaja bintang... Hihihi... 

Selesai kisah rating untuk LeYa's Blog... 

Wednesday, 30 October 2013

Fizo Omar kahwin 10 November depan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Fizo Omar kahwin 10 November depan28 Okt – Pelakon kacak Fizo Omar telah mengumumkan tarikh perkahwinan bersama anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Mawar pada 10 November ini.
Perkara itu telah diumumkan pelakon itu pada satu majlis sidang media yang berlangsung pada tengahari tadi di Cathay Cineplexes ECurve yang turut dihadiri Mawar serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
"Majlis akad nikah akan diadakan pada 10 November sehari selepas majlis pertunangan yang akan diadakan di kediaman keluarga perempuan di Country Height," ujarnya.
Majlis itu bakal disiarkan secara langsung oleh TV9 melalui program "Nasi Lemak Kopi O" pada jam 9.00 pagi dan diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Selain itu, sebelum sidang media diadakan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, itu turut membuat gimik dengan menayangkan video tanpa pengetahuan Mawar, 24, yang tiba-tiba muncul di hadapannya untuk melamar dan memberi bunga kepadanya.
Menurut pengacara "Nasi Lemak Kopi O" itu tujuan beliau membuat gimik itu adalah untuk membuat kelainan supaya boleh dijadikan kenangan terindah buat bakal isterinya itu yang boleh boleh ditonton di channel YouTube selepas dimuat turun nanti.
"Pada saya soal perkahwinan adalah sangat penting dan pembikinan video itu adalah hasil idea saya dan tujuannya untuk menunjukkan rasa kasih dan bertapa istimewanya dia dalam hidup saya"
Pada perkembangan lain, Fizo kini sedang sibuk dengan perniagaan Otai Burger dan bakal menerbit drama terbitannya sendiri serta akan muncul dengan program masakan yang akan disiarkan di TV9.

Album Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni LeYa nak ceritakan tentang fotografi yang LeYa laksanakan sempena Majlis Perkahwinan rakan LeYa, Amira&Fitri pada hari Ahad yang lepas iaitu bersamaan 27 Oktober 2013. Penggambaran telah dijalankan di sekitar Pantai Port Dickson

Menjadi seorang jurufoto bukanlah mudah kerana ia memerlukan komitmen yang baik dalam mengarahkan sesuatu objek yang ingin kita rakam. Jika orang atau objek yang ingin dirakam tidak mengikut arahan, mungkin kita akan terasa kepayahannya untuk menurut tingkah kita. Seorang jurufoto juga adalah pengarah dan editor kepada setiap gambar yang dirakamnya. Dan kadang-kadang seorang jurufoto juga boleh menjadi penerbit kepada gambar-gambarnya sendiri. 

Custom Album Perkahwinan
Cover Album Majlis Perkahwinan Mira+Fitri. Berlatarbelakangkan pokok-pokok di Pantai Port Dickson.

Custom Album Perkahwinan
Majlis Akad Nikah yang diadakan di dalam Masjid Kg Sawah.

Custom Album Perkahwinan
Upacara membatalkan air sembahyang dari pihak lelaki kepada perempuan.

Custom Album Perkahwinan
Persalinan pertama yang ditonjolkan oleh pengatin perempuan.

Custom Album Perkahwinan
Persalinan kedua digayakan ala-ala pengatin tradisional. Dan persalinan ketiga dengan tema cina dan tidak dapat diselitkan di sini kerana faktor gambarnya tidak patut didedahkan.

Custom Album Perkahwinan
Istimewa buatmu sayang....

Custom Album Perkahwinan
Bergandingan seiring jalan

Custom Album Perkahwinan
Kami dah nikah... Anda bila lagi??

Custom Album Perkahwinan
Tegok kamera tuuu....Dia amek wajah kita...

Custom Album Perkahwinan
Indahnya saat bersamamu...
Custom Album Perkahwinan
Pelukanmu memberi kasih sayang yang bermakna dalam hidupku...
Custom Album Perkahwinan
Kenangan Indah ini akan kusemadikan dalam jiwaku
Custom Album Perkahwinan
Kehidupan bergelar suami dan isteri
Custom Album Perkahwinan
Aku sayang Dia...
Custom Album Perkahwinan
Perlukah aku cakap lagi tentang kebahagiaan ini...

Tuesday, 29 October 2013

Ingin Menjadi Blogger Berjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiga hari LeYa tidak menulis di blog ini. Selama ketiadaan LeYa dalam penulisan di blog ini banyak kisah dah aktiviti yang telah berlaku dari para blogger. Ramai yang sibuk menulis tentang isu Bajet 2014, perlawanan bola sepak antara Pahang dan Sarawak serta lain-lain kisah termasuk juga yang rajin membuat GiveAway sana sini. Dan pabila membuka akaun Nuffnang, LeYa dapati pendapatan LeYa juga telah bertambah sedikit. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia yang telah diberiNya. 

Menjadi seorang blogger bukanlah sukar. Namun, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, perlu ada sifat disiplin dalam diri agar kita tahu mengurus masa yang ada untuk kita jalani kehidupan seharian. Dunia blogging kini semakin mendapat perhatian ramai dan sudah ramai juga menjana pendapatan melaluinya. Kehidupan seorang blogger mungkin dianggap asing bagi sesetengah orang yang tidak tahu erti Blogging sebenar. Seharian di hadapan komputer / laptop menulis entri dan blogwalking untuk menambah pengunjung di blog serta mengemaskini blog agar lebih nampak kemas dan cantik. Kadang-kadang ada juga blogger yang suka berkarya di tengah2 malam walhal masyarakat yang bekerja di pejabat sedang lena diulit mimpi. Namun, bagi blogger waktu itulah banyak memberi ilham untuk berkarya. Kemudian, di siang hari dipenuhkan masa untuk blogwalking bagi mempromosi blognya.

Blogger juga merupakan satu kerjaya dan mereka inilah yang membantu keluarga dalam menambah pendapatan isi rumah mereka. Cuba kita lihat Ben Ashaari yang menjadi blogger sepenuh masa. Beliau boleh menjana pendapatan berlipat kaliganda dan mampu memberi keluarganya kehidupan yang sempurna sama seperti insan lain yang sibuk bekerja seharian di pejabat. Malah, menjadi seorang blogger juga boleh memantau aktiviti anak-anak kita dari terjebak dengan perkara yang tidak diingini. Anak-anak juga akan lebih bersama kita dan tidak akan terabai dengan kasih sayang yang diberikan. Namun begitu, saya tidak juga menyalahi kerjaya di luar sana kerana kerjaya itu juga menjamin pendapatan kekal dan mereka juga tahu menguruskan masa mereka untuk bersama keluarga. 

Hal ini telah terbukti bila kita lihat ramai di antara yang bekerjaya mampu memberi keluarganya bahagia. Yang paling penting niat kita semuanya hanyalah kerana Allah S.W.T. Dengan keizinan-Nya, segala aktiviti harian yang kita lakukan dan rancang akan berjalan baik dan diredhai. Allah S.W.T. jugalah yang memberi rezeki. Kita hanya berusaha dan terus berusaha dengan apa cara sekalipun serta berdoa dan bertawakal dengan apa yang telah dilimpahkan-Nya kepada kita. 

Apa jua kerjaya yang kita miliki sama ada terpaksa bekerja 8-12 jam di pejabat mahupun menjadi seorang blogger, jika kita mahu berjaya, kita mestilah berbuat baik dahulu pada yang Maha Esa dengan menunaikan segala kewajipan serta meninggalkan laranganNya. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana dan tanpa kita sangka. 

Perjalanan LeYa dalam dunia blogging banyak menginsafkan LeYa untuk menjadi yang terbaik di mata ramai. Fotografi kehidupan yang LeYa sering rakamkan di lensa kamera LeYa telah melihatkan betapa agungnya ciptaan Ilahi dalam mencoret kehidupan yang sempurna untuk kita. Penulisan dan Design yang dibuat LeYa juga adalah satu anugerah dari Ilahi untuk LeYa berkarya mencari rezeki dengan cara menulis dan merekabentuk gambar, sistem, website dan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Berbekalkan pengajaran yang telah diberi oleh pensyarah-pensyarah di bumi menara gading dahulu, LeYa mampu dan yakin untuk membuat apa sahaja keinginan dari pelanggan.

Friday, 25 October 2013

Mini Giveaway By Nabila Medan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak akhir2 ni ramai betul buat GA kan... Dan untuk memberi penghormatan kepada blogger yang telah bertungkus-lumus menyiapkan GA mereka, LeYa dengan rendah hati dan murah hati join setiap GA yang dianjurkan mereka dengan harapan dan berdoa suatu ketika nanti blog LeYa terpilih sebagai pemenang. Sudah acap kali juga LeYa memasuki segala aktiviti berkaitan GA ini tapi belum satu pun LeYa menerima hadiah dari setiap GA yang LeYa join.... hehehe...

Untuk sertai GA kali ini amatlah mudah lagi simple... Hanya dengan klik banner yang dipaparkan dan anda berpeluang untuk turut serta dalam GA ini...


CLICK BANNER!!

Thursday, 24 October 2013

Demam Melanda Diri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah solat Maghrib semua???
Bagus... macam tu la muslim sejati... Jangan nak lengah2kan solat atau meninggalkan solat... Solat kan tiang agama.. Cuba bayangkan kalau rumah kita takde tiang? Apa akan terjadi? Tentu la jatuh menyembah bumi. Begitulah kehidupan seharian kita. Kita mesti mempersiapkan diri dengan mendirikan solat lima waktu agar kita dipermudahkan segala urusan. 

Sejak akhir2 ni LeYa malas je nak update blog... Tak tau la kenapa kan... Dah kekeringan idea mungkin... Tapi xpulak rase kering idea... Sebab banyak je benda dalam kepala otak ni nak ditulis dalam blog.. Tapi still tak kesampaian... Haishh... hati tengah celaru.. Itu mungkin... Sebab tu tak dapat nak tulis dengan baik...

LeYa rindu jugak la ngan kawan2 blogger LeYa... Lama tol rase tak blogwalking blog2 mereka... Hahahaha...
Ade ker orang yang rindukan LeYa??
Ade ker orang ternanti2 entri dari blog ini??
Hmmmm....mungkin ada...dan mungkin juga tidak...
Yang penting biarlah rahsia...

Satu pesanan dari LeYa untuk rakan2 di luar yang sana, yang mungkin sedang tidur, baca entri ni dan sedang menonton tv mungkin dan seangkatan dengannya...

Jaga diri baik-baik
Jaga kesihatan baik-baik
Kalau jatuh sila bangun sendiri (Hehehe)
Tunaikan kewajipan dan amanah yang diberikan dengan baik.
Ya! LeYa tahu anda amat komited dengan kerja...:)

Ingat LeYa dalam mimpimu... Hehehehe... LeYa sekarang ni  tak sihat badan (demam, sakit tekak, muntah2, batuk)... semuanya lengkap LeYa dijangkiti virus DEMAM... Mungkin sebab itu, LeYa rasa malas untuk update blog ni...

Wednesday, 23 October 2013

Giveaway Jom Menang


KLIK
BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii)
Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii)
Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv)
Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida



TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Monday, 21 October 2013

Rehat Minda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jom3x... rehatkan otak petang2 ni...

And petang2 ni mesti ada yang dah keluar beriadah kan...

Hari ni LeYa tak dapat join sebab LeYa tak sihat laa...

Huhu... lagipun esok LeYa ade satu temuduga... Nak buat preparation document jap..

Dah settle pun..tuh yang leh ngadap blog kesayangan ni...

Oooohhh...ye... alhamdulillah duit nuffnang LeYa dah meningkat lagi.. Hye... betul la kate orang nuffnang ni berhantu.. Time die bekerja mesti pukul 12.00 tengah malam.... Asal pukul 12.00 malam jer baru lah dapat iklan atau duit masyuk..

Hish.... macam mane ni..takut pulak dengar kan... Hehe... Tapi tak kisah pun... Janji dapat duit. Alhamdulillah...

Saturday, 19 October 2013

Episod 10: Destinasi Cintaku

Perhubungan mereka berjalan seperti sedia kala. Setiap hari, Zol akan buat panggilan. Setiap selang dua minggu atau tiga minggu, mereka berjumpa walaupun hanya sebentar. Menonton wayang dan menyanyi karaoke sudah menjadi lumrah mereka berdua tika itu. Mereka berdua senantiasa bersama walau ke mana mereka pergi.

Paling menyeronokkan, LeYa dapat bersama Zol sepanjang percutiannya di Genting Highlands bersama rakan-rakan sepejabat yang lain semasa menetap di Kuala Lumpur. Tiada yang mengganggu. Mereka berbual, bergurau, bercerita dan bermesra. Memang menghiburkan. Tapi yang paling indah, Zol membelikannya satu set minyak wangi berjenama "Gucci by Flora" di situ sebagai hadiah. 

"You tak kisah kan kalau I bagi hadiah ni..."

"Hmmm...why not I mesti kisahkan... Of course I terima dengan hati yang ikhlas lagi berseri-seri.."

"How about your parents?"

"You.... I told you already. Ibu and ayah are accepted you as son-in-law..So..."

"So... I'll may be happy.. Jangan jealous...Hahahaha..."

"Eeeeee.....mengada-ngada..."

Begitulah keindahan yang kami sering ciptakan sejak kami bertemu sewaktu ketika dahulu. Segala memori indah kami sering aku semadikan di dalam sanubari dan gambar-gambar kenangan ku buat album untuk ditatap setiap kali rindu bertamu di hati. 

Anehnya cinta, bila dua hati saling merindu pad bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, LeYa dan Zol saling bertingkah rasa. Hubungan ini harus dimaknakan segera. Sudah diikat tali pertunangan beberapa bulan yang lepas. Kini, menunggu saat dan ketika untuk disatukan. 
Hari-hari berikutnya, bila dua hati berjauhan, rindu datang bertamu. Saat itu, pada malam hari ketika Zol pulang dari tempat kerja dan sudah menyiapkan persiapan diri, panggilan telefon akan dibuat pada pujaan hati. Berbual dan bergurau di talian mengubat rindu di hati tatkala itu. Berbincang mengenai persiapan untuk diri masing-masing menjadi lumrah sebelum menamatkan perbualan. Perhubungan yang tidak diduga telah merapatkan hubungan silaturrahim antara dua insan. 

Bersambung >>

Friday, 18 October 2013

Blogger Purple LeYa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Huuuuaaarrgggghhhhh…. Salam Jumaat semua… Apa yang korang lakukan pagi2 Jumaat ni. Apa kata sebelum memulakan hari indah ini, kita membaca surah al-Kahfi dahulu. Banyak kebaikan untuk kita jika membaca surah al-Kahfi ini pad hari Jumaat. Banyak hadis yang sahih daripada Rasulullah S.A.W. yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Antaranya boleh dirujuk dalam kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff al-Kandahlawi:
Daripada Ali R.A. berkata: “Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada ari Jumaat, maka dia akan terhindar daripada segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun Dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya.” (Tafsir Ibn Khatir)

Daripada Abu Darda R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Sesiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Tirmizi)

Daripada Abu Darda R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah Dajjal. Dalam riwayat lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi.” (Riwayat Muslim)

Daripada Sauban R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Nasa’i)

Ok…Alhamdulillah semuanya. LeYa pagi ni nak bercakap tentang kecantikan rakan2 blog purple LeYa. Mereka2 ini semuanya hebat dalam berblogging. Untuk ketahui lebih lanjut bolehlah kita sama2 blogwalking ke blog mereka ini. LeYa amat kagum dengan bakat yang ada pada mereka.

Cik Akak ni mula berblogging pada 21 November 2012. Baru sahaja lagi berblog tapi dah pun famous amos. Hehe.. Seorang Sarawakian Blogger. Sentiasa ceria dan sangat terkenal dalam Google+ kerana hampir setiap jam ada sahaja post darinya.

Siapa pula tidak kenal dengan gadis cilik ini. Fatin Liyana yang sudah pun popular di sana sini. Mula berblogging ketika umur 19 tahun. Kisah di blognya banyak berkisar kehidupan seharian. 

Seorang blogger yang comel menurut LeYa. Juga baru setahun dalam blogging. Namun sudah pun mempunyai follower yang ramai mengalahkan follower LeYa yang dah bertahun2 berblog... Ahaks.. Mungkin ketidakadaan rezeki LeYa di situ..

Wah! Ini satu2nya blogger lelaki dari rakan LeYa yang tersenarai dalam blog purple ni. Dah la tunggal lelaki di sini dan beliau juga blogger termuda di sini. baru berusia 17tahun. Berasal dari Kuantan, Pahang.kecil2 cili padi...Follower beliau dah pun mencecah 1000++ kau... Arrgghhh...LeYa tewas di sini lagi...Hee...

Sha Purple?? Apa pula ada dengan blogger ini... Sha ni sudah pun berumah tangga ketika beliau berusia 24 tahun dan sekarang sudah pun berumur 25 tahun. Cantik?? Memang cantik pun. Nak tahu lebih lanjut bolehlah ke Laman Blog beliau.

Ha!....cukup lah "5 blog purple" dari rakan2 LeYa ni. Kang banyak2 sangat kang bosan pulak kan..Hehe... And banyak2 pun nanti jadi loading page blog LeYa ni... So, pada rakan2 blog purple LeYa yang lain diharapkan bersabar k. Mungkin suatu hari nanti anda pula yang akan tersenarai seperti mereka ini... 

Thursday, 17 October 2013

Episod 9: Kerja OH Kerja

Lebih kurang dalam tempoh setahun juga, sudah acap kali aku mencari kerja. Gawat tak gawat, tapi kata hatinya lebih penting. LeYa tidak takut. Kerja tak kerja, hidup ini memang sentiasa ada risiko. Makan tak makan, pandai-pandailah dia nanti.
               
  Tugasnya yang pertama di Bandar Kuala Lumpur sebagai Pembantu Pengaturcara di sebuah syarikat pembangunan sistem cuma mampu bertahan selama dua bulan. LeYa terpaksa berhenti kerana telah mendapat tawaran sambung latihan industri di Petronas, KLCC. Seminggu selepas berhenti kerja di syarikat itu, LeYa seperti tidak selesa dengan keadaan baru di Petronas. Hampir sahaja ingin pulang ke syarikat lama, namun memandangkan gaji lumayan yang diberi, LeYa teruskan jua. Bertugas dari pagi membawa ke petang memberi satu cabaran dalam diri.
               
  Usai dari latihan industri, LeYa duduk di rumah mencari kerja di mana sahaja sehingga setakat yang mampu oleh diri ini. Kemudian, pada bulan November, LeYa lalu dipanggil kerja di cawangan LHDN Seremban sebagai Pembantu Tadbir (Penaksiran) sambilan. Di sini LeYa hanya dapat bertahan selama enam bulan kerana mengikut kontrak di atas kertas. Kini sekelip mata, LeYa kembali jadi penganggur. Masih dengan usaha seperti dahulu. Mencari dan terus mencari kerja.
               
  Langkah demi langkah terus diatur entah ke mana. Tiada sebarang rancangan untuk hari esok. LeYa belum terfikir. Yang jelas, dia masih belum bersedia untuk memikirkannya. Esok adalah untuk hari esok. LeYa tidak akan mengusutkan fikirannya dengan perkara-perkara atau masalah-masalah hari esok. Ketika ini, apa yang LeYa tahu, mengosongkan fikirannya dan menenangkan hati. Itu sahaja.
               
  Di dalam kereta, LeYa duduk seketika melepaskan penat. Rupa-rupanya hampir sejam dia termenung tanpa tujuan melayani perasaan. Jam di tangan menunjukkan pukul 11.30 pagi. Ketika inilah baru LeYa terasa dahaga. Dia memerhatikan keadaan sekelling. Di seberang jalan tempat dia parkir kereta kelihatan sebuah restoran. Dengan langkah malas, LeYa menarik kakinya keluar dari kereta dan menuju ke sana.
                
Restoran Selera Ramai tidak ramai pengunjung yang kelihatan. Aroma ikan yang baru digoreng menusuk hidung LeYa. Hasratnya untuk sekadar membasahkan tekak terbantut. Sudah terlanjur masuk waktu tengah hari ini, elok juga kalau aku mengisi perut di sini sahaja.
                
Nasi campur berlaukkan ikan keli bercili goreng seekor, ulam pucuk ubi dicelur dan sambal belacan. Air Tea O ais segelas. Itu sahaja yang diambil LeYa. Sambil makan, sesekali mata LeYa tertumpu ke arah sederet kedai-kedai di seberang jalan sana. Kedai-kedai yang dilaluinya tadi. Ramai yang lalu lalang di situ.
               
  Lama LeYa makan di situ, terasa ada yang memerhatikannya. Segera LeYa menghabiskan nasinya sebelum menuju ke kaunter bayaran.
                
“Berapa semuanya?” LeYa bertanya pada seorang gadis yang kelihatan sebaya dengannya.
               
  “RM 6.90.”
             
 Wang kertas sepuluh ringgit dihulurkan pada gadis itu. Spontan juga LeYa bertanya. “Kenapa mahal sangat?”
                
“Yalah, adik ambil seekor ikan keli bercili tadi, kan?” Gadis itu membahasakan LeYa sebagai adik. Mungkin pada tanggapannya LeYa lebih muda daripadanya.

Masih tak puas hati, LeYa bertanya lagi. “Berapa seekor ikan keli bercili goreng itu kak?” Setelah gadis itu memanggilnya ‘adik’, LeYa memanggilnya ‘kak’.
                
“Ikan keli goreng bercili seekor RM 3.00. Pucuk ubi celur RM 1.20. Sambal belacan 50 sen sebab adik ambil banyak. Nasi penuh 70 sen. Air teo o ais RM 1.50.” Pertanyaan LeYa kali ini dijawab dengan panjang lebar.
                
LeYa terdiam. Cekik darah betul! Ikan keli bercili goreng sebesar itu sampai RM 3.00” Pucuk ubi celur yang secotet tadi pun sampai RM 1.20? Sambal pun aku terambil banyak sikit pun nak dikira sampai 50sen? Ada ke patut? Patutlah tak ramai pelanggan yang datang.
                
Hendak tak hendak, LeYa menghulurkan semula not RM 10.00 kepada gadis itu. Lain kali, jangan haraplah aku nak makan di sini!
                
Setelah baki RM 3.10 wangnya dipulangkan, LeYa terus menyeberang jalan menuju ke tempat parkir kereta. Mulutnya masih merungut-rungut. Beberapa langkah sebelum sampai di keretanya, LeYa memeriksa dompetnya. Cuma tinggal RM 10.00 dan entah berapa sen. Mungkin cukup untuk terus sahaja pulang ke rumah.
                            *****************************************

                Di rumah, setelah LeYa berehat dan menikmati juadah makan malam bersama keluarga, LeYa dihubungi oleh Zol. Peristiwa tengah hari tadi diceritakannya kepada Zol.
                
“Sayang…you know that.. Tadi I makan di luar sebab dah tengah hari dan perut pun lapar. Bile turn to pay to the cashier, oh my god…its really expensive you know. Patutlah kedai makan tuh tak ramai orang datang.” Mengadu LeYa pada tunangnya.
                
“It’s okay manje… You jangan risau. Everything will be just fine. Just enjoy yourself okay. Nanti, after I got my salary, I’ll give to you.”pujuk Zol terhadap LeYa.
                
Wah….Dia nak bayar balik duit makan aku tadi dan bagi duit belanja. Alhamdulillah… bersyukur kerana Allah masih sayangkan insannya ini. Tidak kusangka dia juga baik pada ku.
               
  “Errr….you tak kisah ker?? Kan you nak saving for their wedding.”
                
“It’s okay manjeku. Macam yang I cakap tadi, everything will be just fine.”

            
Setelah mengucapkan terima kasih kepada dia, LeYa pun mematikan talian telefon untuk merehatkan badan yang letih di siang hari tadi. LeYa tersenyum-senyum sendirian bila mengenangkan sikap prihatin dan tanggungjawab si dia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi seorang lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab serta melindungi diri ini. LeYa memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan terus terlena hingga ke subuh.  

Bersambung>>

Wednesday, 16 October 2013

Cara Membuat Nama Korea ( 이름 작명 )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Petang2 ni LeYa nak ajar lah sikit cara bagaimana nak translate nama korang pada Korea. Korang boleh lah ikut step by step, tak ikut pun tak apa coz benda ni mudah jer... Rasanye tak perlu pun nak korang sangat yang dah besar panjang ni. Hehehe... Malas LeYa nak membebel banyak2, ni ada cara alternatif untuk membuat nama Korea. Jom belajar Yeah!!

Cara Membuat Nama Korea

First korang nak belajar secara manual, taip je kat Google then taip perkataan ni "Korean name generator," tapi LeYa nak ajar cara paling simple tak payah nak pening pala korang ni. Jom terjah kat bawah pulak.

Ada 2 pilihan LeYa bagi kat bawah ni:

Kat sini apa korang perlu buat hanya memasukkan nama korang, terus di Klik. Jangan harap sangat nama korang yang keluar seperti yang korang inginkan sebab harap dimaklum lah ini kerjanya mesin.

Nama Korea
Ni nama LeYa..hehehe...

2behindthename.com

II. Menggunakan Formula = Nama Keluarga + Nama tengah + nama akhir

- Nama keluarga/ Surname : Di sini menggunakan angka akhir tahu kelahiran dengan kategori :
- 0: Park- 1: Kim- 2: Shin – 3: Choi- 4: Song- 5: Kang
- 6: Han- 7: Lee- 8: Sung- 9: Jung

2. Nama tengah menggunakan bulan lahir :
- 1: Yong- 2: Ji- 3: Je- 4: Hye- 5: Dong- 6: Sang
- 7: Ha- 8: Hyo- 9: Soo- 10: Eun- 11: Hyun- 12: Rae

3.Nama akhir  menggunakan  tanggal lahir :
- 1: Hwa- 2: Woo- 3: Joon- 4: Hee- 5: Kyo- 6: Kyung
- 7: Wook- 8: Jin- 9: Jae- 10: Hoon- 11: Ra- 12: Bin
- 13: Sun- 14: Ri- 15: Soo- 16: Rim- 17: Ah- 18: Ae
- 19: Neul- 20: Mun- 21: In- 22: Mi- 23: Ki- 24: Sang
- 25: Byung- 26: Seok- 27: Gun- 28: Yoo- 29: Sup- 30: Won- 31: Sub

contoh :
Bila korang lahir di tahun 1990 bulan 5 tanggal 5 maka akan ditemukan = Park Dong Kyo ( 박동교 )
lahir : 1977 – 05 – 18 Nama Koreanya : Lee Dong Ae ( 이동애 )

III. Menggunakan list Nama-nama Korea.
Bila ingin membuat nama Korea kita bisa mencari daftar nama-nama Korea dan memilihnya yang cocok dengan hati kita. salah satunya kat babynology.com 

Kalau korang rasa nak nama glamour atau gabungkan nama kaorang dengan  nama-nama dari orang-orang terkenal di korea baik nama aslinya atau nama kartun kegemaran korang pun tak kesah, kat bawah ni LeYa bagi sedikit contoh untuk senang korang nak paham.

최지우 ( choi ji woo ) nama aslinya 최미향 ( choi Mi Hyang )
송승헌 ( Song seung Hon ) nama aslinya 송승복 ( Song seung bok )
김규리 ( Kim Gyuri ) nama aslinya 김문선 ( Kim Mun seon )
인순이 ( In Soon ee ) nama aslinya 김인순 ( Kim In soon )
강타 ( Kang ta ) nama aslinya 안칠현 ( Anh Chil Hyun )
별 ( Byeol ) nama aslinya 김고은 ( Kim Go eun )
보아 ( Boa ) nama aslinya 권보아 (Kweon Bo A )
비 ( Bi Rain ) nama aslinya 정지훈 ( Cheong ji hoon )
원빈 ( Wonbin ) nama aslinya 김도진 ( Kim Do Jin )
현빈 ( HyunBin ) nama aslinya 김태평 ( Kim Tae Pyeong )

Senang kan nak belajar buat nama Korea? tak ada la susah sangat, moga ilmu yang dikongsikan pada korang kali ni dapat korang mafaatkan. 

Antara Garisan Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan Oktober pada tahun ini. Nampaknya hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk aku dan si dia diijabkabulkan. Masih banyak perkara lagi yang belum kami selesaikan. Aku tahu kepayahan dia dalam meniti hari mencari nafkah untuk kami membina masjid tidak lama lagi. Pagi petang siang membawa ke malam, dia tekun mencari rezeki demi aku yang dicintainya. Aku sungguh terharu dan bertuah memiliki seorang lelaki yang penyayang saat dunia kini sukar mencari pengganti sepertinya. Mengenangkan itu, aku berusaha keras jua untuk mencari kerjaya demi kerjaya dalam meniti ranjau ini. Aku bersyukur kerana dengan bakat yang diberi Allah, aku mampu memperoleh pendapatan melalui dunia maya. Juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa yang memberi segala kemudahan untuk aku berkarya di alam maya ini. Ya! Aku sepatutnya bersyukur dengan segala apa yang aku miliki dan bukannya mengeluh atau merenung tatkala kerjaya di dunia realiti tidak kesampaian lagi. Aku tahu semua itu. Aku sedar betapa beruntungnya aku daripada insan-insan yang tidak senasib denganku. Punya ibu ayah yang penyayang, memberi segala kemewahan kepadaku, keluarga yang bersatu hati, tunang yang bertanggungjawab dan segalanya hampir telahku capai. 

Keistimewaan yang kumiliki kini memberi ilham untuk aku terus berkarya di alam maya. Aku berusaha dan terus berusaha memperoleh pendapatan dengan berbekalkan bakat dan tenaga yang ada. Perkara yang sering aku tegaskan dalam meniti kehidupan ini, sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan berusaha serta berdoa bersungguh-sungguh jika berkehendakan memilikinya. Pun begitu, jika ianya tidak kesampaian, janganlah mengeluh disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dimiliki. Sebaliknya, mohonlah petunjuk Allah semoga dimurahkan segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin hari ini kita tidak memilikinya, tetapi suatu hari kita mampu memilikinya dan mendapat lebih lagi dari apa yang kita usahakan. Insya-Allah. Segala ketentuan Allah ada hikmah dan pasti akan dapat jua.

Dunia kini begitu pesat dengan pembangunannya. Sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini, aku terasa canggih hidup di dunia serba moden kini. Bayangkan suatu ketika dahulu saat nenek moyang kita menggadai nyawa mempertaruhkan maruah demi mempertahankan negara untuk kita kecapi hari ini. Sememangnya muda-mudi kita patut bersyukur dan bukannya merosakkan harta benda serta diri dalam meneruskan sisa hidup mereka. Kenapa mesti menggadai maruah dan diri? Kenapa mesti merosakkan harta benda? Bukankah itu melambangkan sikap yang tidak baik pada diri kita. Kita sepatutnya lebih bersikap toleransi, bertanggungjawab dengan segala kemudahan yang diberi dan bersyukur kerana tidak perlu bersusah payah untuk memilikinya. 

Lumrah manusia, tidak puas apa yang dimiliki. Hati manusia, tidak juga kita ketahui. Yang pasti dunia kita semakin menemui jalannya. Jika kita alpa, musnahlah segalanya yang kita kecapi selama ini. Pintu taubat Allah S.W.T. masih dibuka untuk kita sama-sama memperjuangkan iman dan akhlak kita sebelum bertemu sang Pencipta. Ayuh! bangkitlah kita dari tidur yang lena dan berubahlah ke arah yang lebih baik. Nescaya, apabila hati tenang, kita mampu memiliki dunia yang aman. Melahirkan perasaan yang tenang dari hati dan nurani membawa kita kepada kehidupan yang diredhai Allah. Garisan Dunia yang kita bina mampu disenangi dengan sikap dan perbuatan yang baik dari umat manusia kini. 

Tuesday, 15 October 2013

Filem Dampak

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

Hiyyyaaarrrggghhhh.... selesai sudah menonton sebuah filem malam2 ni... Pandang jam di tepi sidebar laptop. Hampir ke angka 12.00 tengah malam. Mata ini masih tidak mahu melelapkan matanya. Movie sudahpun ditonton sebentar tadi. Memikirkan aktiviti seterusnya untuk dilakukan. 

Ok done! Buka bahagian posting dan mula menulis kisah selanjutnya di dalam blog. Lagi pun hari ini aku masih belum menulis entry di blog ini. Jadi, tangan menari-nari laju di atas keyboard laptop dan otak ligat memikirkan tulisan cerita yang terbaik untuk dicoretkan. Dan, aku pun terdetik untuk menulis kisah filem yang aku baru sahaja menamatkan tontonannya sebentar tadi..

Apekah filem itu???

Nak tahu bolehlah mengikuti entri ini hingga selesai pembacaan anda. Hehehehe...


Tajuk: Dampak
Genre: Aksi, Drama
Tarikh Tayangan: 19 September 2013
Pelakon: Aaron Aziz, Farid Kamil, Michael Chin, Intan Ladyana, Juliana Evans, Scha Al-Yahya
Pengarah: Lai Yok Lung

Sinopsis
Filem Dampak merupakan antara filem terbaru lakonan ‘abang besar’ Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana, Juliana Evans dan ramai lagi. Dampak berkisar mengenai kehidupan lima adik-beradik yang dibesarkan oleh seorang tok guru di kampung yang melatih mereka seni mempertahan diri untuk membalas dendam terhadap musuhnya yang menetap di bandar. Kedengarannya seperti jalan cerita klasik filem-filem pertahanan diri Hong Kong, bukan? Atas dasar itu, ada juga kelainannya kalau dibandingkan dengan arus filem tempatan.

Filem ini menjalani penggambaran mulai 30 Jun lepas dan siap sepenuhnya pada 27 Julai.    Bolehlah kita semua melihat lagi Aaron menampilkan aksi lasak untuk filem ini yang sedang berada dalam kerja pasca-produksi. Filem ini diterbitkan oleh Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd dan diarahkan oleh Andy Mak dan  Lai Yuk Long.

Monday, 14 October 2013

Menjelang Aidiladha...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, ramai kaum ibu atau wanita sibuk di dapur untuk menyediakan juadah malam takbir raya, termasuklah LeYa dan ibu. LeYa bertungkus-lumus membantu ibu di dapur dari pagi hingga ke petang. Di taman perumahan tempat LeYa tinggal ini sungguh meriah pada malam raya Aidiladha sama seperti di musim perayaan Aidilfitri. Kadang-kadang terdengar bunyi dentuman mercun yang dimainkan oleh kanak-kanak atau remaja lelaki. Kemudian, usai solat Isyak para jemaah surau akan diberi mengikut kumpulan untuk turut serta bertakbir raya dari rumah ke rumah. 

Suasana di taman perumahan ini mengekalkan ukhuwah fillah yang terjalin antara jiran tetangga. Kerukunan dan keharmonian tetangga di sini sangatlah meriah. Kadangkala, kami juga akan mengadakan gotong-royong beramai-ramai memeriahkan suasana majlis seperti majlis kenduri kahwin, kesyukuran dan sebagainya. Semangat dan silaturrahim yang terjalin masih kekal utuh hingga kini.

Dalam pada kesibukan LeYa membantu ibu di dapur, LeYa mendapat lagi rezeki dari Allah S.W.T.. LeYa menyemak Nuffnang dan mendapati ada satu lagi syarikat pengiklanan telah masuk ke LeYa's Blog. Ini adalah CPUV yang ketiga untuk bulan Oktober ini. LeYa panjatkan kesyukuran pada Ilahi yang memberi segala rezeki pada LeYa menjelang Aidiladha ini.


Syarikat pengiklanan yang telah berjaya masuk ke blog ini adalah "Sunsilk Samson S".



Terima kasih sangat LeYa ucapkan pada Nuffnang yang baik budiman...

Sunday, 13 October 2013

Pengenalan Kepada CMS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah ramai yang menulis di blog2 mereka tentang Laman Web. Hari ini LeYa terpanggil untuk menulis juga satu entri bertajuk "Apa itu CMS?" Sudah pasti ramai yang telah tahu kerana hari ini sahaja kita bleh lihat berapa ramai blogger2 baru muncul dari kalangan yang muda-mudi. Teknologi di hujung jari. Apa sahaja yang ingin kita ketahui semuanya boleh dicari di Mr. Google. Mudah dan Cepat... Tidak perlu menunggu giliran untuk pinjam buku di perpustakaan. Namun, masih juga diperlukan bahan2 ilmiah di perpustakaan untuk membandingbezakan maklumat yang terdapat dalam laman web. 


Bila kita sebut sahaja tentang CMS pasti ramai yang terbayang Joomla!, Mambo, PHP-Nuke, Xoops, PHP-Fusion dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi apabila kita hendak mencadangkan penggunaannya kepada pelanggan kita. Mereka akan memandang serong pada perkataan CMS kerana kebanyakannya ditawarkan secara percuma. Ini berlaku apabila kurangnya pendedahan umum tentang 'apa itu CMS'.

Secara kasar CMS merupakan teknologi yang digunakan untuk memperbaiki kualiti dan prestasi penyampaian media secara digital serta memberikan portal jaringan kelebihan dari segi kandungan yang lebih dinamik dan interaktif. 

CMS bukan Joomla!, Mambo, PHP-Nuke, Xoops, PHP-Fusion dan lain-lain tetapi Joomla!, Mambo, PHP-Nuke, Xoops, PHP-Fusion dan lain-lain tergolong di dalam kategori CMS. Sistem ini berfungsi membantu pengguna menguruskan kandungan halaman web dengan lebih efisyen dan dinamik. Ini termasuklah fail-fail komputer, gambar, video, audio serta dokumen elektronik. 


Jika kita lihat dari bentuk pembangunan halaman web statik, kita perlu menambah atau mengubah kod-kod halaman web apabila kita ingin menambah isi kandungan halaman web. Dengan menggunakan CMS, kerja-kerja mengemaskini web menjadi semakin mudah. Apa yang perlu kita tahu ialah langkah-langkah pengaturcaraan yang mana bukan semua orang mempunyai pengetahuan tentangnya. Semua isi kandungan pula akan disimpan di dalam pangkalan data. Dengan ini, kerja-kerja mengemaskini web menjadi mudah dan cepat.

Penerangan yang panjang lebar di atas memberikan serba sedikit tentang CMS. Definisi sebenarnya ialah Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System[CMS]) adalah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Ia menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. 

CMS juga mempunyai ciri-ciri tambahan untuk memudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan dan risalah-risalah penjualan. 

CIRI_CIRI CMS
  • Mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia.
  • Mengenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan mereka.
  • Kebolehan untuk membahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza.
  • Mendefinisikan tugas-tugas penting.

CIRI-CIRI CMS WEB
  • Reka bentuk automatik: reka bentuk piawai yang boleh digunakan secara automatik kepada kandungan baru serta sedia ada. Ini membolehkan setiap laman mempunyai reka bentuk yang sama.
  • Kandungan yang mudah disunting: Sebaik sahaja kandungan anda diasingkan daripada reka bentuk laman web anda. Ia boleh memudahkan kerja-kerja penyuntingan. Kebanyakan perisian CMS mempunyai alat penyuntingan WYSIWYG yang membolehkan kandungan disunting.
  • Modul dan panel: Kebanyakan CMS mempunyai modul dan panel yang boleh dipasang secara mudah untuk memperluaskan fungsi sesebuah laman web.
  • Peningkatan web: CMS yang aktif biasanya sentiasa mempunyai pengemaskinian untuk membolehkan set sentiasa di paras semasa.
  • Pengurusan Dokumen: Perisian CMS sentiasa membolehkan pendokumentasian berlaku.
JENIS-JENIS CMS WEB
  • CMS berasaskan modul. Kebanyakan tugas dalam pengurusan dokumen disediakan oleh modul-modul CMS. Modul-modul asas adalah penyuntingan, pengubahsuaian dan penerbitan.
  • CMS berasaskan transformasi bahasa dokumen. Menyediakan fungsi-fungsi reka bentuk dan sebagainya.
KEISTIMEWAAN CMS WEB
  • Kawalan akses pengguna
  • Rekabentuk laman menerusi template
  • Pemilihan modul oleh pentadbir web
  • Kemudahan pemasangan 'add-on' pada CMS
  • Kemudahan 'upgrade' dan pemasangan 'patch' perisian CMS
  • Penjejakan pengunjung
  • Agregasi kandungan melalui RSS (Really Simple Syndication)
Wahhh.....panjang betul entri LeYa hari Ahad ni kan... Hmmm... LeYa ingin berkongsi la apa yang LeYa dah belajar selama ini di bumi Perlis dan Melaka yang membawa LeYa sebagai seorang Web Developer dan juga sebagai Lifestyle Blogger. Sekian sahaja dari LeYa untuk hari ini. Salam Cuti Ahad bersama keluarga tercinta.

Saturday, 12 October 2013

Nuffnang Di Hatiku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah... rezeki LeYa bertambah-tambah sejak mengaktifkan kembali dunia blogging ni. Bersyukur sangat2 ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya atas pemberian ini. 

Hari ini 12 Oktober 2013 bersamaan 07 Zulhijjah 1434H, LeYa menerima lagi pengiklanan dari Nuffnang yang LeYa amat sayangi. Iklan ini adalah iklan ke-2 untuk bulan Oktober 2013 ini. Kali ini ia datang dari "Nestle Drumstick"

Dunia LeYa's Blog semakin hari semakin dikenali oleh para pembaca di luar sana. LeYa betul2 bersyukur kerana masih ada insan yang sudi ingin meluangkan masa untuk membaca entri di blog yang tak seberapa ini. LeYa bukanlah seorang professional blogger mahupun blogger berjaya, namun setiap detik yang tercoret di ruang blog ini memberi seribu erti dan kenangan LeYa apabila LeYa sudah ber'anak' dan ber'cucu' nanti. Ia akan membuatkan satu kenangan silam dalam hidup LeYa dan membenarkan anak2 cucu2 supaya mengenali akan keturunan mereka sebenar.


Atas kerajinan LeYa dalam menulis entri pada setiap hari sejak kebelakangan ini, pihak Nuffnang berusaha memberi pengiklanan ke dalam LeYa's Blog hampir setiap bulan. Ya Allah! betapa agungNya kuasa-Mu. Sesungguhnya aku masih belum mendapat kerjaya di dunia relialiti, namun Engkau masih memberi rezeki ku di dalam dunia maya ini. Aku memanjat kesyukuran ini dengan pemberianMu. Panjangkanlah umurku, kedua ibu bapaku, percepatkanlah jodohku untuk mengelakkan segala prasangka buruk, murahkanlah rezekiku, sihatkanlah tubuh badan ku dan perkenankanlah doaku untuk menunaikan umrah bersama suami setelah bernikah kelak. Amin.

Filem Paranoia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hurrmmm....baru dapat tengok movie ni sedangkan dah ramai yang tengok pun. LeYa memang suka tonton filem thriller ni sebab bagi LeYa, ia dapat memberanikan LeYa dalam dunia nyata untuk menguruskan sesuatu perkara. Tetapi tak bermaksud untuk meniru segala aktiviti yang dilakukan dalam setiap filem tersebut... Haha.. Ok lah jom LeYa ada masukkan sekali trailer untuk filem ni..


PARANOIA
GENRE: Thriller
MULA DITAYANGKAN: 12 Sepetember 2013
Bahasa: English
PENGEDAR: Walt Disney Pictures
PENGARAH: Robert Luketic
PELAKON: Liam Hemsworth, Gary Oldman, Harrison Ford, Amber Heard, Embeth Davidtz, Josh Hollowey, Lucas Till, Ashley Benson.

SINOPSIS:
Adam Cassidy (Liam Hemsworth) ialah watak utama filem thriller ini yang mana dia bekerja sebagai pekerja berkolar biru baru di syarikat Wyatt Telecom. Dia membuat satu kesilapan besar lalu ditegur Ketua Pegawai Eksekutif, Nicholas Wyatt.


Nicholas yang tidak berhati perut tidak akan menyerahkan Adam kepada pihak berkuasa sekiranya Adam menceroboh syarikat pesaing sebagai perisik korporat. Walaupun kehidupan Adam berubah dengan dipenuhi kejayaan serta kemewahan, Wyatt sedang memanipulasi segalanya dan sanggup membunuh untuk mendapat keuntungan besar.

Adam menyedari dia hanya mainan dalam rancangan bosnya dan tidak mempunyai cara keluar kecuali terus melibatkan diri.

Thursday, 10 October 2013

Ruang Kamarku berkonsep Moden Minimalis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi LeYa menonton rancangan 'Intai-Intai Deko'. Best jer tengok rumah2 mereka yang cantik, elegan dan kemas. LeYa memang meminati seni menghias rumah ni... Kalau dulu, masa bilik tidur LeYa katil bujang, setiap bulan pasti ada perubahan. Hehehehe....

Dalam pada itu, terlintas di ruang fikiran LeYa untuk mengilhamkan deko hiasan bilik LeYa dari yang dulu sehingga lah yang sekarang... Setiap sudut LeYa ambil gambar untuk dimuatkan di dalam memori album "RumahKu SyurgaKu". 

Bilik LeYa semasa katil bujang....
Ruang bilik yang tidaklah begitu besar namun memberi cetusan inspirasi untuk LeYa berkarya dan menghias setiap sudut ruang kamar ini. LeYa menata hias bilik ini dengan susunan rak2 buku rapi beserta set kamera lama yang masih disimpan sehingga hari ini. Sedikit hamparan permaidani di ruang antara katil dan meja komputer untuk memberi LeYa beristirehat di bawah secara santai.

Ni bilik sekarang LeYa...

Ini pula kisah apabila ruang kamar ditukar dengan set bilik tidur yang baru. Masih dengan konsep yang sama. Walau mempunyai ruang kamar yang kecil, LeYa masih menata hias bilik tidur ini agar kelihatan kemas dan bersih. Susunan rak buku juga ditukar kepada rak yang tinggi dan dimuatkan segala buku2 di situ. Meja komputer yang menempatkan Desktop PC dan juga Laptop LeYa dihiaskan di situ agar tidak mengganggu ruang lain. Serba sedikit peralatan peribadi milik LeYa berwarna ungu diambil gambarnya hanya sekadar mengisi ruang kosong gambar...

LeYa menerapkan konsep moden dan minimalis ke dalam bilik tidur LeYa. LeYa sentiasa akan memastikan setiap inci ruang kamar LeYa bersih dan kemas. 

Wednesday, 9 October 2013

Revolusi Teknologi Imej


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Nokia Lumia 1020
Lumia 1020 penanda aras baru dalam pengimejan telefon pintar

Hari ini kita dapat lihat dunia teknologi semakin hari semakin canggih dengan keluaran gadget2 yang terkini. Dari yang boleh access Internet sehinggalah boleh merakam gambar atau video dengan hanya menggunakan telefon pintar. Jadi, tiada lagi alasan apabila kita ingin merakam gambar atau video menggunakan telefon pintar. 

Kemunculan Nokia Lumia 1020 adalah penyelesaian kepada semua rungutan apabila gambar atau video yang dirakam tidak begitu jelas dan kurang menarik. Lumia 1020 adalah satu penanda aras baru dalam pengimejan telefon pintar.

Lumia 1020 berjaya menghasilkan imej paling terang dan jelas berbanding kamera digital lain. Inovasi Nokia iaitu teknologi PureView termasuk sensor 41 megapiksel, optik Zeiss dengan enam lensa dan penstabilan imej optikal membolehkan sesiapa sahaja untuk merakam, menyunting dan berkongsi gambar serta video profesional berkualiti. 

Penggunaan aplikasi baru yang dipanggil Nokia Pro Camera, Lumia 1020 seperti mencipta semula zoom yang memudahkan pemiliknya merakam gambar dahulu dan kemudian zoom untuk meneroka dan menulis semula cerita dengan lebih lengkap berbanding sekadar pandangan mata. Kesan lebih menarik terhadap gambar atau video boleh diperoleh apabila Nokia Pro-Camera memudahkan ciri-ciri yang terdapat pada kamera profesional dan mengajar pengguna cara mengambil gambar dengan baik.

Lumia 1020 adalah kamera digital paling serba boleh dalam pasaran hari ini. Ciri "dual capture" unik secara serentak merakam gambar resolusi tinggi 30 megapiksel untuk proses suntingan dan mewujudkan gambar 5 megapiksel yang mudah dikongsi di rangkaian sosial menggunakan Windows Phone 8.

Gambar yang dirakam dijamin jelas seperti kristal walaupun diambil dalam keadaan cahaya rendah. Selain itu, video yang dirakam bebas daripada kesan kabur dengan bunyi stereo pada tahap paling tinggi menggunakan "Nokia Rich Recording" yang mengawal tekanan bunyi enam kali lebih kuat daripada mikrofon telefon pintar konvensional.

Terdapat lebih 175,000 aplikasi dengan Windows Phone yang melengkapkan platform untuk Lumia 1020. Selain itu juga, Lumia 1020 turut menampilkan perkhidmatan Nokia. Aplikasi Here memberitahu lokasi terkini kedudukan anda termasuk peta yang menampilkan "LiveSight" bagi memudahkan anda mencari tempat baru untuk merakam gambar.

Bagi memastikan anda seronok mengambil gambar dan merakam video, Nokia mencipta Pemegang Kamera Nokia iaitu aksesori bagi melengkapkan kewujudan Lumia 1020 dan menjadikan kerja merakam imej mengikut citarasa masing-masing terutama dengan sebelah tangan.

Pemegang kamera itu turut mempunyai bateri caj semula yang boleh dilekatkan pada sebarang tripod kamera ketika anda ingin mengambil gambar potrait atau merakam gambar jarak jauh. 

Sementara itu, Lumia 1020 akan mula berada di pasaran Malaysia pada 25 September ini di Lembah Klang dan awal Oktober di seluruh negara. 

Pada harga RM2,499 anda boleh memiliki Pemegang Kamera Nokia secara percuma.

SPESIFIKASI 
Dimensi: 130.4x71.4x10.4mm
Berat: 158 gram 
Masa bercakap: GSM hingga 10.9 jam; 3G sehingga 12 jam
Paparan: 4.5 inci PureMotion HD+super AMOLED 1280x768 resolusi dengan teknologi ClearBlack dan sentuhan sensitif
Sistem Operasi: Windows Phone 8
Prosesor: 1.5 GHz Dual-Core Qualcomm Snapdragon S4 prosesor
Memori: Dalaman - Sehingga 32 GB, 2 GB Dual-Channel RAM
Luaran - 7GB SkyDrive storan cloud
Kamera: 41MP PureView, Zeiss optik dengan flash Xenon dan Penstabilan Imej Optikal 
Video: HD 1080p @ fps dengan OIS
Harga: RM2,499

Tuesday, 8 October 2013

Dapat CPUV awal Oktober


Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera...

Iklan Nuffnang
CPUV aku untuk Oktober ini...

Alhamadulillah awal Oktober ni, Mr. Nuff yang disayangi menghantar lagi iklan ke blog LeYa ni...  Kali ni iklan ni datang dari SONY NEX 5-T. 
LeYa mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr. Nuffnang yang mempercayai blog LeYa ini dengan memberi banyak pengiklanan sebagai menghargai LeYa seorang blogger.