Followers

Tuesday, 30 September 2014

Apa Yang Menarik Di Busan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seronoknya hati bila dengar ada “Trip to Korea”. Macam-macam yang difikirkan bila dapat ke sana. Nak tengok suasana dan cuaca di sana. Nak tengok budaya orang Korea. Nak melawat tempat-tempat menarik lagi. Nak rasa makanan2 tradisional di situ.. Wow… banyak sangat LeYa nak buat apabila bercuti di sana nanti.

Busan

Blogwalking ke satu blog ke blog, LeYa terbaca entry dari Blooggers.com. Pihak Blooggers Media sedang menjalankan satu cabaran buat para blogger yang berminat untuk menyertai Trip ke Busan, Korea bersama Man Raja Lawak. Cabarannya adalah "Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur - Task 1" yang bertajuk "Apa yang menarik di Busan". Perrggghhh... jejakkan kaki ke Korea pun tak pernah.. Ni pulak nak ceritakan apa yang menarik kat situ. Memang sangat mencabar untuk LeYa menulis kali ini. Korea…. Eh..eh… Busan. Nampak macam best je kan... Jom kita sama2 baca info yang menarik tentang Busan yang telah diolah selepas membaca cerita2 menarik di sana.

Busan adalah satu tempat yang dikelilingi gunung-ganang di satu bahagian dan laut berangin di bahagian lain serta serakan bandar yang memenuhi setiap ruangnya, Menariknya di sini, apabila kita sudah sampai di Busan, ia kelihatan seperti memancarkan aura menarik yang ringkas dan selesa bagai berada di rumah sendiri. Di Busan juga dikenali dengan “Ibu Kota Musim Panas” dan kita dapat menemui pantai terbesar, sungai terpanjang dan landskap semulajadi yang paling indah di negara ini. Busan juga telah menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Antarabangsa Busan yang terkenal di serata dunia. Senyuman mesra yang sering dilemparkan oleh para penduduknya dan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun, memang tidak hairan lagi jika Bandar kedua terbesar di Korea ini  mendapat tarikan dan tempat percutian utama di hati penduduk tempatan serta pelancong.

Antara tempat menarik yang wajib dilawati menurut rakan-rakan lain yang telah ke sana adalah:

1. Kuil Haedong Yonggungsa


Kuil Haedong Yonggungsa jelas menonjol berbanding kuil Buddha lain yang sezaman dengannya. Terletak di pinggir laut berbatu, seni binaannya yang indah menjadi halwa mata yang jarang dapat ditemui di tepi laut. Dewa utama di sini ialah Dewi Pengampun Buddha yang tinggal di laut, dan dipercayai bahawa menyeru namanya berulang kali semasa anda berada di sini akan membawa tuah.

2. Bangunan APEC Nurimaru


Dibina untuk Persidangan APEC pada 2005, bangunan ini benar-benar menampilkan pesona seni bina dan menjadi simbol Busan. Konsep ini diilhamkan daripada 'pavilion' iaitu rumah tradisional Korea musim panas, dan pemandangan memukau Pantai Haeundae dan Jambatan Gwangandaegyo dari jauh melengkapi persekitaran yang menarik. Bangunan ini terletak di Pulau Dongbaekseom yang indah.

3. Pasar Ikan Jagalchi


Selamat datang ke pasar makanan laut terbesar di Korea - pasar tempatan yang serupa seperti Pasar Ikan Tsukiji yang terkenal di Jepun. Beribu-ribu gerai dengan bertan-tan ikan dijual dan dibeli setiap hari, menjadikannya antara tempat paling menarik untuk dikunjungi di Busan. Minta agar makanan laut anda dibersihkan dan dimasak pada masa itu juga, atau disediakan mentah untuk dimakan sebagai sashimi. Enaknya!

4. Pantai Haeundae


Pantai paling terkenal di Korea menyajikan keriangan dengan aktiviti ski jet, luncur air dan berseronok-seronok di bawah sinar mentari! Keseronokan tidak berakhir setakat di situ! Selami dunia hidupan laut dalam akuarium terbesar di Korea, terletak betul-betul di sebelah pantai ini, yang menawarkan terowong bawah air sepanjang 80 meter dan simulator yang mengagumkan!

5. Menara Busan


Jika anda tidak sempat melawat Menara Seoul's N Seoul, Menara Busan juga tidak kalah sebagai tarikan pelancong yang popular! Terletak di Taman Yongdusan yang cantik, menara setinggi 118 meter ini menawarkan panorama indah seluruh bandar. Meterai cinta anda secara simbolik dengan mangga kunci yang menghiasi pagar di sekeliling menara, atau berikan jagung kepada merpati yang tinggal di situ. Anda boleh menggunakan eskalator lereng bukit untuk naik ke menara.

Seterusnya, LeYa akan menceritakan pula serba sedikit tentang makanan tradisional yang terdapat di Korea. Makanan Tradisional Korea juga terkenal dengan cara penyajiannya yang khas yaitu menyajikan nasi dan sup(kaldu) yang diatas nasinya terdapat sejumlah besar makanan sampingan (lauk) yang disebut banchan. Makanan Korea biasanya dibumbui dengan minyak wijen, doenjang(sejenis saus khas Korea),kecap,garam,bawang putih, jahe, dan gochujang(saus cabai). Antara 5 makanan tradisional Korea yang LeYa dapat kisahkan di sini ialah:


1. Kimchi
kimchi stew
Kimchi adalah salah satu Makanan Tradisional Korea yang berupa asinan sayur yang difermentasi dan diberi bumbu pedas. Cara membuatnya pun tidak susah yaitu setelah sayuran digarami dan dicuci setiap helainya, sayuran akan dicampur dengan bumbu yang dibuat dari udang krill, kecap ikan, bawang putih, jahe, dan bubuk cabai merah. Sayuran yang paling umum dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Di Korea sendiri kimchi sering dihidangkan pada saat musim tertentu terutama pada musim dingin.
2.Bulgogi
bulgogii
Bulgogi adalah masakan daging yang dibumbui dengan campuran kecap asin dan gula, dan bumbu lain sesuai daerah – daerahnya. Daging yang digunakan antara lain daging sirloin dan daging sapi yang berkualitas bagus. Cara memakannya pun sangat unik yaitu dengan daun selada yang digunakan sebagai pembungkus bulgogi serta kimchi, bawang putih, atau penyedap lain sesuai selera. Di Jepang juga terdapat makanan yang hampir sama seperti bulgogi hanya saja namanya adalah Yakiniku. Bedanya adalah bumbu daging bulgogi sengaja dibuat lebih manis, dan air pada bumbu cukup banyak sehingga daging tidak dipanggang di plat besi (teppan) melainkan di atas panci datar.
3.Bibimbap
bulgogi
Bibimbap adalah masakan Korea yang berupa semangkuk nasi dengan lauk di atasnya berupa sayur – sayuran,daging sapi, telur, dan saus pedas(gochujang). Bibimbap biasanya dihidangkan di atas mangkuk dari batu yang sudah dipanaskan disebut dolsot bibimbap. Panas dari mangkuk batu itu yang akan mematangkan telur mentah yang diletakkan diatas nasi sebagai lauk. Biasanya sebelum nasi dimasukkan, minyak wijen akan dituangkan di dasar mangkuk agar terbentuk lapisan kerak yang harum dan garing di dasar mangkuk.
4.Gimbap
kimbap
Gimbap adalah makanan Korea yang terbuat dari nasi yang dibungkus dengan rumput laut. Bahan untuk membuatnya adalah nasi,daging, dan sayuran. Lalu nasi putih dibumbui dengan garam dan minyak wijen/minya perilla. Isi gimbap pun beraneka macam mulai dari ikan, kepiting, telur, iga sapi, kimchi,keju,tuna, dan sebagainya. Sedangkan bahan sayuran adalah ketimun,bayam,wortel,dan danmuji (acar lobak).Setalh digulung biasanya akan diiris 8 potongan atau sesuai gigitan.


5.Japchae
japchae
Japchae adalah masakan Korea yang berbahan utama mie soun yang dicampur dengan berbagai jenis sayuran dan daging sapi. Cara memasaknya memang agak rumit karna harus ditumis secara terpisah – pisah guna mempertahankan rasa dan aroma masing – masing. Sayuran dan daging sapi tersebut juga di potong secara unik yaitu secara memanjang.  Sayuran yang biasanya digunakan adalah wortel, paprika,jamur shitake,bawang putih, dan bawang bombai. Sedangkan daging sa[i ditumis bersama minyak wijen dengan bumbu khusus yang terbuat dari campuran bawang putih, kecap asin, dan gula pasir. Setelah semua bahan ditumis dan mie soun telah direbus selanjutnya adalah mencampur semuanya dan diaduk – aduk bersama minyak wijen, irisan cabai, dan wijen.

Seronok kan bila dapat pergi melawat tempat orang ni sekali-sekala. LeYa teringin sekali untuk menjejakkan kaki ke bumi Korea itu. Penaja bersama untuk Trip ke Korea ini adalah BLOOGGERS dan MAJALAH LIBUR.


                    Blooggers.com                 LIBUR

Monday, 29 September 2014

Hargailah Kerjaya Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kasihankan lah kami yang bergelar blogger ini. Bukan senang tau nak cari makan walaupun nampak diluaran kami seperti macam tiada tempat kerja. Namun, blogger2 seperti kami lah yang banyak membantu dalam menyebarkan maklumat yang bermanfaat. Tidak mudah untuk seseorang blogger ingin mencurahkan idea dalam setiap penulisannya. 

Hargailah Kerjaya Blogger

Cuba bayangkan seorang part time blogger macam LeYa. Di siang hari akan bekerja di pejabat, manakala di malam hari akan mencurahkan idea untuk menulis di blog. Mencari pelbagai ilham untuk dikongsikan bersama bagi memenuhi kehendak para pembaca agar dapat berkongsi segala maklumat tidak kira di mana jua kita berada, tidak kira penat lelah di siang hari. Tidur lewat malam untuk menulis entry terbaru di blognya.

Kenapa perlu menipu blogger??? Blogger juga nak cari makan?? Nak besarkan anak2 seperti blogger2 fulltime; Ben Ashaari, Bro Framestone, HasrulHassan dan lain-lain lagi. Dengan keikhlasan dan kejujuran kami dalam menulis di blog ini lah, kami memperolehi rezeki. Jadi, tolonglah jangan mempersiakan kerjaya seorang blogger ini. Pada zaman serba canggih ini, blogger memainkan peranan sangat penting untuk kita mencari sedikit maklumat yang kurang difahami, berita2 terkini dan cerita2 sensasi. Tidak hairanlah kini ada di antara pihak penaja sudah mula memahami kerjaya blogger ini dengan mengambil sesetengah blogger sebagai duta sesuatu produk. Dan hasilnya, sangatlah berbaloi. Ya! Dah nampak kan betapa pentingnya kami ini dalam dunia perniagaan, permodelan, percetakan dan banyak lagi. Dari blog kami lah, sesuatu produk dapat disiarkan dan dicari oleh pelanggan untuk dimilikinya. 

Hargailah Kerjaya Blogger

Thursday, 25 September 2014

Pengiklanan CPLUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sedang melihat email2 yang belum dibuka, LeYa terpandang satu email dari CPLUS. Pada mulanya LeYa tidak tahu dan faham "Apa itu CPLUS???" Dapat sahaja mesej ringkas tersebut LeYa teliti dan fahamkan. Rupanya CPLUS merupakan pihak pengiklanan sama seperti Nuffnang, Innity, Advertlets dan lain-lain. 


APa itu CPLUS???

CPLUS ialah Rangkaian Advertising Tempatan yang sedang berkembang pesat. Tujuan CPLUS ialah untuk membantu dan mengetengahkan website-website tempatan di samping membantu pemilik web menjana pendapatan melalui laman web mereka. 

CPLUS merupakan Affiliate yang akan membantu kita untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat kepada kakitangan yang berkaitan atau ejen untuk memohon didaftarkan sebagai Penerbit, Pengiklan, Pelanggan, Pengguna serta mewujudkan hubungan erat antara satu sama lain.

Antara fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh CPLUS ialah:

1) Bagi menyesuaikan isi kandungan dan iklan yang akan dipamerkan oleh para blogger
2) Berkomunikasi dengan baik dan memberi tindak balas kepada diri
3) Memenuhi permintaan produk, program dan perkhidmatan
4) Membantu menawarkan produk-produk lain, program atau mungkin juga perkhidmatan untuk kelihatan lebih menarik.
5) Menjalankan sedikit penyelidikan mengenai penggunaan tapak pengiklanan

CPLUS juga boleh menggunakan ejen atau kontraktor bagi mengendalikan laman web, menyediakan produk dan perkhidmatan kepada penerbit dan pengiklan. 


LeYa seperti tidak percaya ada syarikat pengiklanan yang suka dengan blog LeYa yang tidak seberapa itu. Sekali lagi, alhamdulillah syukur ke-Hadrat Ilahi kerana telah diberikan rezeki untuk kehidupan seharian.

Tuesday, 23 September 2014

Percutian Indah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jumaat lepas LeYa ke JB bersama suami dan family side Melaka. Wat ape kat sane?? Ade event menarik ker?? Hmmm....hmmm... alaa..saje nak jalan2 makan angin tak kan tak boleh kan.. Lagi pulak LeYa ke rumah baru abg suami LeYa a.k.a. abg ipar di Plentong, JB. Perrgghhh...jauh ke dalam la jugak nak jumpa rumah pangsapuri yg disewanya. Yelah kan..first time sampai..hehehe...


Perjalanan LeYa ke JB hanya mengambil masa 2jam lebih dgn menaiki kereta milik ayah mertua..hihihi... Dipandu agak laju oleh incik suami.hehehe...

Tidur semalam di sana dan petang Sabtu LeYa dan suami serta abang longnya bergerak balik ke Melaka menaiki bas. Kenapa??? Kan ade kereta??? Sebab incik suami dan abangnya hari Ahad keje dan ayahibunya pula balik hari Ahad. So, kami pun pulang lah awal.

Menunggu incik suami pulang dari keje, LeYa pun menghabiskan masa dengan aktiviti #projekmemikatsuami iaitu masakan dari air tangan isterinya... hehehe... Tapi tak sanhka rupanye semua makan dan cakap sedap.. Seronok rasa hati bila dengar..
#dagingmasakmerah
#sayurcampurgoreng
#telurdadarcheese


Wednesday, 17 September 2014

#Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Karya Seni Lukisan





Sumber Bersama: Mr. Google

Tuesday, 16 September 2014

BioSeleza Feminine Pad: Bebaskan diri dari Cyst, Senggugut, Keputihan dan Bau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Anda tahu pembunuh no 2 wanita adalah kanser servik? Sejak syarikat mengeluarkan pad wanita atau tuala wanita Bio-Seleza Feminine Pad serta bacaan dan belajar tentang pentingnya tuala wanita yang bagus untuk kesihatan wanita semakin teruja LeYa nak belajar dan belajar.

Sebenarnya banyak masalah kesihatan wanita yang berkaitan dengan pemilihan pad wanita yang betul. Ini menjadikan ia satu keperluan penting di dalam kehidupan seharian seorang wanita. Sebelum lebih banyak yang saya nak ceritakan..kita lihat gambar2 info ini dahulu.

BioSeleza

Apa itu Bio-Seleza Feminine Pad?

Bio-seleza merupakan sanitary pad yang didatangkan khas dalam 3 jenis ukuran iaitu DaySafe, NightSafe, ExtraLong dan juga disediakan dalam bentuk PantyLiner

Siapa yang sesuai menggunakan Bio-Seleza Feminine Pad ?


Semua orang sesuai memakai Bio-Seleza Feminine Pad terutama sekali bagi mereka yang menghadapi masalah berikut :

- Sengugut
- Keputihan
- Miss V Berbau
- Cyst
- Gatal-gatal
- Melecet

Kenapa perlu bertukar kepada Bio-Seleza Feminine Pad?


Sebab Bio-Seleza Feminine Pad ni kering, ada anti bakteria strip untuk menghalang pembiakan kuman serta menggunakan material yang berkualiti dan bernafas untuk pengudaraan. Ia juga membantu untuk detox. Apa itu detox?

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Bio-Seleza Feminine Pad juga slim & tidak tebal, tidak besar dan sangat selesa.


Testimoni Bio-Seleza Feminine Pad



Harga Bio-Seleza Feminine Pad



1 mix box mengandungi :

30 pcs x 2 pack pantiliner

10 pcs x 2 pack pad siang

8 pcs x 1 pack pad malam

8 pcs x 1 pack pad malam extra panjang
Harga Retail RM131; Member rm114
=Total 96 pcs

1 day safe box mengandungi :
10 pcs x 6 pack pad siang
Harga Retail RM128; Member rm111
=Total 60 pcs

1 pantiliner box mengandungi :
30 pcs x 6 pack pantiliner
Harga Retail RM138; Member rm120
=Total 180 pcs

Untuk menjadi member, anda hanya perlu membayar jumlah yuran keahlian sebanyak RM50 sahaja.

Kalau nak beli atau jadi member boleh beli di Facebook Fan Page LeYa Health&Beauty Shop atau hubungi 017-6321680 (LeYa)

Sunday, 14 September 2014

Review Produk: Bio Seleza Feminine Pad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bio Seleza Feminine Pad

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuhan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proses pembedahan. Tapi masih juga ketumbuhan itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun, bergantung pada aktifnya fibroid mereka. 

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada gangguan haid dan senggugut.
2. Satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita.
3. Ia sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. 

Bio Seleza Pad Feminin dirumus khas dengan bahan-bahan yang dapat membantu melegakan masalah berkaitan hais serta ketidakselesaan akibat haid. Dengan tambahan 8 kelebihan yang unik, Bio Seleza memperbaiki kebersihan feminin pad serta menggalakkan perlindungan kesihatan yang optima sepanjang hari.

  1. Jalur Teras Anti-Bakteria
  2. Penyerapan Secara Hiper
  3. Rekaan Kawalan Kebocoran yang Unggul
  4. Permukaan Kapas yang Lembut
  5. Lapisan Berongga untuk Pengaliran Udara
  6. Ultra Nipis
  7. Tidak Bertoksik & Mesra Kulit
  8. Perlindungan Kebersihan yang Maksimum

Bio Seleza Feminine Pad
Dengan 9 lapisan perlindungan
Bio Seleza Feminine Pad
6 Lapisan Perlindungan
Bio Seleza Feminine Pad
Cara Penggunaan 1
Bio Seleza Feminine Pad
Cara Penggunaan 2

TESTIMONIAL PELANGGAN TENTANG BIO SELEZA



UNTUK TEMPAHAN, BOLEH HUBUNGI, SMS, WHATSAPP, WECHAT, TELEGRAM
LEYA 017-6321680

Saturday, 13 September 2014

Liebster Award

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru je nak masuk tidur, tiba-tiba terpandangkan satu komen di entry yang lepas.. Rupanya... LeYa telah ditag... Alahai kesian empunya blog.. Mesti terkilan sebab LeYa tidak mengendahkan apa yang ditulisnya... Maaf sangat2 ye Zaki. LeYa tak perasan la...

Macam dia jugaklah kene tag dengan orang, pas tu tag pulak pada LeYa...hehehe...


Peraturan Liebster Award:

  • Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
  • Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  • Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
  • Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
  • Maklumkan kepada those bloggers.
So kat bawah ni adalah soalan-soalan beliau untuk LeYa.

1. Nama gelaran atau timangan masa membesar?
    >> Angah

2. Warna kegemaran anda?
    >> Semestinya purple dan putih..

3. Makanan yang anda paling suka masak?
    >> Kalau incik suami suka, LeYa masak la selalu...hehe...ikut selera incik suami..

4. Tempat percutian yang menarik bagi anda sama ada dalam atau luar negara?
    >> Cameron Highlands.. dah banyak kali pegi still nak pegi.. taktahu kenapa..hehe.. support Malaysia.

5. Kenapa nak jadi blogger?
    >> Ingin memberi maklumat yang sahih kepada para pembaca jika mereka ingin mencari sesuatu maklumat. 

6. Ada sesuatu yang diinginkan tapi belum tercapai?
    >> Mestilah banyak lagi impian yang belum tercapai kan.. Salah satunya pergi haji bersama incik suami.

7. Rancangan TV yang anda suka?
   >> Semua program yang ada kat TV tuh LeYa layan...hehehe...

8. Penerbangan yang paling lama anda pernah terbang?
    >> Bercuti dengan keluarga di Bandung, Indonesia..

9. Kebanyakan kawan-kawan blogger anda berasal dari mana?
    >> Tak pastilah... Tapi rasanya ramai dari KL..

10. Penyanyi dan pelakon yang anda minat?
     >> Siapa ek??? Mungkin Afgan dan Aaron Aziz.

11. Ucapan Untuk Zaki.
      >> Semoga Zaki berjaya dengan apa bidang yang diceburi. Terima kasih sebab sudi tag LeYa. Dah terjawab juga persoalan yang Zaki nak. hehehe...

Hmmm....disebabkan kesibukan LeYa ni, LeYa hanya dapat menjawab soalan yang diajukan sahaja. LeYa tidak berkesempatan untuk tag kannya kepada keseluruhan kawan2 lain seramai 11orang. Bukan tak mahu tapi terlalu sibuk menguruskan kerja lain. Tengok saje lah..hampir tidak perasan akan pelawaan tag ini dari Zaki.. 

Senarai rakan2 yang LeYa ingin tag...
1) http://www.syikinhashim.blogspot.com/ 
2) http://ekinhoza.blogspot.com/
3) http://aimiemokhtars.com/
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)
11)

Tapi DONT WORRY!!! LeYa mengalukan kawan2 blogger LeYa yang kekurangan follower kurang dari 1000 macam LeYa ni untuk turut serta dalam Liebster Award ni.. LeYa memerlukan lagi 8 orang untuk penuhkan tempat.. Sila lakukan kerja anda dengan segera sebelum terlambat. Soalannya adalah:

1) Warna kegemaran anda?
2) Berapa bilangan adik-beradik? Anak ke-berapa?
3) Senaraikan 3 impian anda yang masih belum tercapai.
4) Kenapa berblogging?
5) Siapa blogger yang anda kagum?
6) Selain Malaysia, dah berapa negara yang anda lawat?
7) Penyanyi dan Pelakon yang anda minat?
8) Lagu kegemaran anda?
9) Haiwan peliharaan anda?
10) Kereta idaman anda?
11) Ucapan untuk LeYa.

Jom ke 'Karnival ICT 2014'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini suami LeYa ada bersama. Tengah hari LeYa ke majlis perkahwinan di Senawang, Seremban. Kami makan2, jumpa pasangan pengantin dan bergambar, ucap tahniah dan terus pulang. Kemudian, kami ke destinasi seterusnya. Ke mana tu?? Hehehee... saje jalan2 dengan suami di hujung2 minggu ni.. Kami ke Dewan MPS, Seremban untuk melihat-lihat Karnival ICT yang dijalankan di sana. Rasanya dah terlalu banyak sangat dah LeYa pergi ke karnival ICT ni, sehingga tidak terkira. Tapi, disebabkan kali ni Incik Suami ada bersama dan sekadar hanya berjalan bersama-sama, kami menuju ke Pusat Bandar Seremban. 


Dan setibanya kami di sana, kelihatan ramai sekali yang turut sama memeriahkan aktiviti tersebut. Rupanya, sudah ramai yang berpusu-pusu dengan mengendong barangan yang dibeli masing-masing. Kami menyusuli setiap langkah melihat gerai-gerai perkakasan komputer dan lain-lain kedai mempromosikan produk masing-masing. 


Incik suami LeYa sibuk melihat-lihat speaker dan bertanya itu ini kepada penjualnya. Nampak sekali berminat dengan speaker besar2 tuh... hehehe... Dia cakap "alang2 dah murah ni, angkat satu pun best ni.."Hmmmm....Macam2 lah.. speaker kat rumah tuh dah banyak...Nak lagi tuh...". Sambungnya lagi "kat umah tuh kecik punye.. ni power m.. base die syok gile..." Last2, LeYa pun ikut je la kata dan kehendaknya serta minatnya mungkin...hehehe...


Sebelum balik, sempat la incik suami menangkap gambar LeYa berposing di hadapan kedai barangan perkakasan komputer yang sudah pun dibeli barang2nya untuk dibawa pulang.

Friday, 12 September 2014

SEGMEN BEN ASHAARI: AKU SEORANG BLOGGER!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


1) Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

Sebagai blogger, LeYa mengutamakan cerita2 benar untuk semua pembaca dapat makkumat yg betul. Tidak kiralah cerita tentang kehidupan atau apa sahaja. Yang lebih penting, isu berkaitan berita terkini. LeYa akan menyelidiki dgn membaca dahulu byk artikel sebelum menulis di blog LeYa. Bukan mudah tau nak jadi blogger ni. Memerlukan tanggungjawab besar iaitu menyebarkan maklumat yg sahih. 
Ops! Cukup lah kot...hehe..

2) Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit, apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan?

Ye! Sudah tentu LeYa akan berhenti kerja dan meneruskan aktiviti menulis LeYa ni sepenuh masa. Buat mase sekarang ni pun LeYa sedang memulakan perniagaan menjual produk2 kecantikan&kesihatan serta fotografi. Jadi, LeYa berharap sgt suatu hari nanti LeYa mampu mempunyai wisma LF Production sendiri. 

3) Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini? 

Harapan LeYa dalam dunia blogging ni, semua blogger harus bersatu dan tiada perasaan hasad dengki antara satu sama lain jika sudah berjaya mencapai impian yg dingini. Mengajar lebih baik daripada belajar. Jadi, turunkan ilmu kepada yg baru2 amat dialukan kepada blogger yg baru lahir..

Dah3x. Cukup2 lah tu.. panjang sgt dah ni. Terima kasih sifu abg Ben Ashaari kerana beri peluang kepada srmua join segmen ni..

Tarikh tutup ? 12/9/2014 , jam 6.

Thursday, 11 September 2014

Produk Kecantikan Cozuma BB Cream

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


BEDAK ASAS KOMPAK BB CREAM SPF 25 PA+++
KULIT SEMPURNA DAN SEHALUS SUTERA – KEMASAN HEBAT – KEKAL PUSAM BERJAM-JAM LAMANYA
Bedak asas kompak BB Cream ringan dari COZUMA difomulasikan dengan adunan eksklusif ramuan semulajadi untuk menjadikan tona kulit sekata, mengecilkan liang roma lalu mengembalikan keserian dan kemulusan kulit wajah.
Kulit akan kelihatan segar, halus dan berseri.
  • KULIT CANTIK TANPA CELA, SEHALUS SUTERA: Teknologi eksklusif dari Jepun dengan formulasi kompak 'krim ke bedak' yang dapat menghalus dan menyerikan semua jenis kulit.
  • KULIT HALUS BERSERI: Ramuan semula jadi yang diadun sempurna untuk menjadikan kulit wajah mulus dan tanpa cela.
  • KEKAL PUSAM SEMULAJADI SELAMA BEBERAPA JAM: Sekurang-kurangnya 10 jam wajah tanpa kilauan dengan tekstur ringan yang hebat.
  • BEKAS KOMPAK YANG KEDAP UDARA





Tuesday, 9 September 2014

Produk Penjagaan Diri Marine Essence Berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Produk Penjagaan Diri Marine Essence Beauty Bar dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit kita.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari! 

Bahan-Bahan Utama / Kelebihan

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Cara Penggunaan
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian, sapukan pada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Penyimpanan
Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

Perhatian!!!
Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekiranya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.

Jom kita tengok testimoni ini.




So...Macam Mane?? Ok tak?? Korang boleh la try.Tak rugi mencatikkan diri sendiri untuk suami atau diri sendiri. Kalau tak try, mana nak tau berkesan atau tidak kan? Hehe. So kalau korang berminat, boleh lah contact 0176321680 atau PM kat page ni LeYa Health&Beauty ShopSelamat mencuba!!

Monday, 8 September 2014

Sponsor Pertama Untuk GA Uzu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini 08 September 2014. Beberapa hari saja lagi tinggal untuk GiveAway Cash RM300 By EmasPutih. Dan GA pertama LeYa telah membuat sponsor untuknya. Kenapa baru mula sekarang?? Kenapa sebelum ini tak sponsor blogger2 lain yg buat GA? Ape perhubungan LeYa dengan Uzu?? Hahaha... Terlalu byk persoalan kan...

Pada tahun ni LeYa telah pun mendirikan rumahtangga. Pada tahun ini juga LeYa dikurniakan rezeki dari Allah. Keberkatan dan kesabaran LeYa menunggu & berusaha, LeYa tanamkan azam untuk bersedekah. Kebetulan, Uzu menganjurkan satu GA dan dengan pantasnya LeYa menghantar mesej peribadi kepadanya utk cuba turut serta dalam program 'GA'nya yg berlangsung selama 1minggu ini. 

Antara LeYa dan Uzu hanyalah rakan blogger yg belum pun berjumpa di realiti. Kami hanya berhubung melalui media sosial FB. Dan LeYa turut mengikuti perkembangannya melalui blognya setiap hari. Dari pembacaan di blognyalah LeYa mengenali seseorang blogger dan lama kelamaan cuba berhubung dgnnya utk kenal lebih rapat.


Saturday, 6 September 2014

Eh!! Awalnya Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi lagi LeYa sudah bangun untuk membuka laptop. Kenapa ye awal sangat dah mengadap laptop?? Kan ibu cakap buat keje lain dulu sebelum mengadap laptop. hehehe... Seawal pagi, sesudah solat Subuh, LeYa mempersiapkan diri untuk menyediakan tempat seorang yang LeYa panggil Mak Su untuk beliau menjawab peperiksaan online Kastam. Sebelum bermulanya peperiksaan online tersebut, LeYa ingin melihat kelajuan had RAM laptop serta kelajuan Internet apabila digunapakai pagi nanti. 

Jom Jawab Exam

Ok alhamdulillah, laptop yang dah berkurun lama ini tidak menunjukkan hal2 yang boleh membuatkan LeYa bengang dengannya apabila kadang2 dia ingin menarik perhatian dengan hang tiba-tiba.. Hahaha... Kesian Puan LeYa ni kan... Duit dah ade pun takmau beli laptop baru. Isk3x...(manyak kelekut ini olang...haiiyyaaa....hahaha...)

Haish...Siapa bilang LeYa kedekut tu?? Mana ada tau...LeYa bukan kedekut.. Tapi LeYa sangatlah sayang akan laptop lama ni kerana ia adalah pemberian dari ayah LeYa sewaktu belajar di peringkat Diploma dahulu.. WoW!!! Lama kan... hehe... Dah banyak sentimental bersama laptop ini. Masuk wad berulang kali pun LeYa masih sayangkannya... Ha!! Nampak tak macam mana LeYa menjaga barang2 kesayangan LeYa. Lama tau... Sentiasa bersihkan untuk kelihatan lebih cantik dan berseri. Sampai ada yang tegur macam laptop baru tau... hehehe.... (Ha! Lain kali jgn tuduh LeYa kedekut ye.. Korang ade??? hahahaha....

Laptop Kesayanganku

Okay2...LeYa tak boleh la lama2 berceloteh pagi ni.. Kang kejap lagi "Super Ibu" menjerit untuk membantu menolong menyiapkan sarapan pagi... Dada didi dudu...

Wednesday, 3 September 2014

#WordlessWednesday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Monday, 1 September 2014

Kesihatan & Kecantikan Perlulah Dijaga

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

Sekali lagi LeYa telah berjaya menempatkan diri dalam dunia perniagaan dengan lebih mendalam lagi. Penubuhan LeYa Health&Beauty Shop yang sedang bergiat aktif dalam menjual produk kesihatan & kecantikan untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya. 

 LeYa Health&Beauty Shop

Kesihatan & Kecantikan sering diidamkan oleh setiap wanita. Lebih2 lagi wanita yang sudah berumahtangga yang ingin kelihatan anggun di mata suami. Pelbagai cara/kaedah akan dilakukan untuk menarik hati sang suami, selain dari menu masakan setiap hari.  LeYa Health&Beauty Shop banyak mengupas segala kaedah untuk kita para wanita kelihatan cantik, sihat dan berseri. Tidak kira bersama suami, malah rakan2 sepejabat juga akan menyenangi kita apabila kita semakin aktif dalam melakukan tugasan harian pejabat. 

Bukan mudah untuk LeYa mengupas isu kesihatan & kecantikan ini kerana LeYa bukanlah seorang doktor malah pakar perubatan tetapi dengan sedikit ilmu yang LeYa pelajari dari pembacaan, dapatlah LeYa titipkan sedikit coretan hari ini untuk bacaan umum.. 

Untuk penjagaan diri yang sempurna dan masa akan datang, jom ramai2 melawat dan like page LeYa Health&Beauty Shop di sini.