Followers

Sunday, 30 November 2014

Mood Blogging KeLaut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Ahad malam Isnin ni LeYa begitu malas nak update entry. Terasa mood blogging malam ni ke laut. Padahal dari pagi tadi hingga ke petang aktiviti LeYa bersama keluarga terisi dengan sepenuhnya. Pagi lagi ke Hutan Reakreasi Tanjung Tuan, Port Dickson untuk menjalani aktiviti riadah iaitu berjogging di situ sambil saudara-mara mandi-manda di laut. 

LeYa Blog

Kemudian, LeYa dan ibu menuruti MakSu berjalan ke Shopping Mall di Seremban membeli sedikit barang keperluan harian ibu. Pulang semula ke PD lebih kurang jam 6.30petang. Namun, masih malas untuk update entri di blog LeYa ini. Malas sahaja untuk membuka paparan "New Post" dan menulis isi karangan yang ingin diluahkan dari hati nurani.. hahaha...

Dalam kemalasan LeYa itu, tetiba rajin untuk membaca dan mengemaskini code programming blog ni. Dah terasa lama tak membelek coding2 ni. Selepas je tamat pengajian, LeYa pun dengan sengaja dah tak mencuba coding2 baru untuk menambah ilmu pengetahuan. Malam ni menjadi saksi semula untuk LeYa beraksi dengan coding PHP dan Java. Fuuuhhhhh....agak berpeluh jugak lah nak membaca semula. 

LeYa Blog



Saturday, 29 November 2014

Rezeki Datang Lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah rezeki datang lagi. Bertahun LeYa setia dengan Mr. Nuffnang, masih diberi kesempatan dan ruang untuk LeYa berblogging di dalam LeYa Blog. Rezeki yang hadir ini tidaklah seberapa bagi blogger yang dah memperolehi income beribu. Namun, bagi LeYa ia adalah satu rahmat yang LeYa sendiri tidak menduga akan memperolehinya...

Tanpa diduga dalam bulan November ini LeYa memperolehi Pengiklanan CPUV yang banyak secara serentak masuk ke blog LeYa yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya LeYa masih boleh bernafas lagi dengan sedikit duit dari blog ini. 


Berkat kesabaran dan ketekunan dalam LeYa menulis serta doa restu dari ibu dan ayah dan juga suami tersayang, LeYa sedar dan tahu akan kepentingan dalam setiap inci ruang penulisan yang LeYa tonjolkan di dalam niche blog LeYa ini. Sehingga kini, walau dilanda badai dan onak duri, LeYa mampu kecapi kehidupan serba indah dan bahagia di samping orang-orang tersayang.

Wednesday, 19 November 2014

Terima Ujian Dengan Redha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam dunia blogging banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Ada yang suka dan senang dengan kita. Ada yang tidak suka dengan apa yang kita tulis. 

Untuk berjaya, perlu banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuh. Tidak kira dari segi emosi mahupun fizikal. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Bagi LeYa, LeYa masih belum berjaya seperti blogger2 terkenal yang lain seperti HasrulHassan, BenAshaari, Fatin Liyana, Feeqsays.com dan ramai lagi. LeYa sangat kagum dengan ketabahan mereka menempuh segala ujian untuk terus maju dan berjaya. LeYa sering baca artikel2 atau entri abg HH yang banyak membantu LeYa dalam dunia blogging. Beliau sendiri pernah alami pelbagai dugaan. Namun, semua itu yang membuatkan beliau terus bangkit dan berjaya hingga hari ini.

Sama juga BenAshaari. Beliau menerima tohmahan dan dugaan yang sangat berat. Dan kini mampu mengecap kehidupan yang bahagia. Namun, setiap ujian yang kita tempuh tidak sama dengan yang lain. Ada pelbagai kisah yang harus ditempuhi.

Mungkin hari ini kita jatuh.. Tapi suatu hari nanti kita akan bangun semula. Dari ujian itu, dari kegagalan itu kita mampu meneruskan kehidupan kita.


Monday, 17 November 2014

Posing Depan Kamera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Quick update sebab hari ni LeYa sangat sibuk menyiapkan tugasan Encik Suami. So, takde la banyak sangat nak membebel dalam blog ni. hehehehe.... Lepas buka puasa dan solat tadi, LeYa tertarik untuk menulis tentang gambar kenangan LeYa dan suami. Dah lama rasanya LeYa tak update tentang diri dan gambar LeYa..

Gambar ini sebenarnya LeYa rakam sendiri di rumah berlatarbelakangkan dinding putih. (Konon2 nak nampak macam ambil gambar di studio la..hehe..). LeYa terlalu inginkan sebuah studio gambar sendiri suatu hari nanti. 

PS: Selain tu, pencahayaan dan peralatan/perkakasan yang dipilih juga amat penting. Biarpun simple, hasilnya pasti mengkagumkan :)

leya blog
Cinta Rahsia

leya blog
Mimpi Yang Pasti

leya blog
Manisnya dan Indahnya percintaan apabila sudah bernikah

Sunday, 16 November 2014

Seharum Kasih Kita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

15 November 2014 - Selamat Hari Lahir Sayangku. Semalam merupakan hari lahir buat insan yang LeYa sayangi iaitu incik suami LeYa. Pada Jumaat malam Sabtu, lagi beberapa minit nak pukul 12, Mr. Faizol sampai di perkarangan rumah ibubapa LeYa. Pisat2 mata pergi menjemput incik suami. Seronok sekali dapat bertemu suami setelah hampir tiga minggu tidak bertemu. Hal ini kerana kami masing-masing kerja di lain-lain tempat.

Sabtu menjelma jua. Di waktu petang, kami sekeluarga bersiap untuk ke rumah saudara di Sepang bagi meraikan majlis sambutan hari lahir bulan November dan diadakan juga sedikit majlis tahlil untuk ahli keluarga yang telah kerahmatullah. Bertungkus lumus incik suami membakar ikan, kerang, ketam dan macam-macam lagi di tempat memanggang api. 

leya blog
Solat Berjemaah dan Tahlil

leya blog
I love you

leya blog
Happy Birthday Novemberian

leya blog
Romantik tak kami..hehe...

Percutian hujung minggu LeYa kali ini sangat seronok disamping insan tersayang dan bertambah erat hubungan silaturrahim antara LeYa dan suami serta ahli keluarga yang lain.

Tuesday, 11 November 2014

Destinasi Percutian Menarik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini, setelah kita berpenat lelah dalam menjalankan tugas di pejabat di hari bekerja, ramai yang menginginkan waktu rehat di hujung minggu. Tidal dinafikan juga LeYa. LeYa menginginkan rehat yang cukup untuk memulakan hari baru di minggu hadapannya.

Jadi, kebetulan pada hujung minggu yang lalu LeYa berkesempatan merehatkan minda bersama keluarga di kawasan pantai Tanjung Biru Port Dickson atau lebih dikenali Blue Lagoon. Keindahan pantainya dan kesejukan air membuatkan LeYa seronok ketika berada di sana.


Bagi yang mempunyai kedudukan wang yang agak baik, anda boleh lah menginap di Ilham Resort yang tidak jauh dari Pantai. Suasana bilik yang mewah dan kondusif memang mendamaikan bagi yang menginap di sini.



Bagi yang mempunyai percutian bajet tetapi ingin juga menikmati percutian yang terbaik untuk orang tersayang, anda boleh menginap di Tanjung Biru Apartment. 



Tidak ketinggalan juga apartment ini menyediakan kolam renang untuk anda dan anak-anak anda menjalankan aktiviti di sini selain ke pantai tanjung biru.

Bagi penggemar aktiviti lasak atau ingin beriadah di pagi atau petang hari seperti berjogging, anda boleh terus ke Hutan Reakreasi Tanjung Tuan yang berdekatan dengan Hotel Ilham Resort. 




Percutian Hujung Minggu yang cukup segar dan sihat yang LeYa telah jalani minggu lepas. Tidak peelu mengeluarkan bajet yang tinggi untuk ke sana. Kami sekeluarga gembira menjalankan aktiviti di sana.

Sunday, 9 November 2014

Review Product: Handsocks Beaded Lace Satin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buat pertama kalinya LeYa diberi kepercayaan untuk membuat satu entry berkaitan review produk. Permintaan dari rakan LeYa yang amat LeYa kagumi kerana kesungguhan beliau dalam menjalankan perniagaan online dari rumah. 

Jujur LeYa terangkan di sini, LeYa bukanlah seorang yang pandai dalam menulis entry berkaitan review produk seperti ini. Oleh sebab itu, review kali ini hanyalah sekadar pandangan peribadi dan LeYa akan cuba belajar-belajar lagi untuk menulis entry berkaitan review produk atau blog.

LeYa Blog

Pemilik blog ini ialah AimieMokhtars. Kami sudah berkenalan lama lebih kurang 6tahun. Seorang blogger yang peramah dan rajin untuk berjaya dalam hidup. Dari LeYa perhatikan, ramai juga yang sudah review blog ini. Tapi apakah tujuan sebenar LeYa untuk review semula blog Aimie ini.

Seperti yang kita tahu pada tajuk atas, LeYa ingin memperkenalkan satu produk baru dari Aimie sendiri. Sudah pasti anda tahu tentang handsocks? Tapi kali ini ada berita gembira buat penggemar atau peminat handsocks jejari terutamanya. Dah ada handsocks yang sangat cantik. Handsocks yang ada lace ini memang kelihatan menarik dan cantik untuk dipakai ke mana sahaja kita ingin pergi. Tidak kiralah ke majlis keramaian seperti Majlis Hari Lahir atau Majlis Kenduri Kahwin. 

LeYa Blog

Material di perbuat daripada kain satin yang berkualiti tinggi, stretchable dan juga beaded lace yang berkualiti tinggi.

Kalau ada yang berminat untuk gunakannya di hari  bahagia anda terutamanya, jangan malu jangan segan untuk melawati laman sesawang www.fieramy.com atau facebookfieramy atau instagram Fieramy by Kakak Comel

LeYa Blog

Untuk tempahan lanjut boleh hubungi:

Fieramy (Kakak Comel)

Hp No : 014-5123051
Website : www.fieramy.com
Instagram : Fieramy (Kakak Comel)
Facebook : Fieramy

Wednesday, 5 November 2014

Kelebihan & Kebaikan Berpantang Dengan PB Corset

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Premium Beautiful Corset

Premium Beautiful Corset
  • Mengeluarkan ANGIN dalam badan
  • Mengecutkan dan memperkemaskan semula RAHIMyang mengembang semasa mengandung
  • Menarik dan merapatkan semula TULANG PINGGULyang mengembang semasa proses bersalin
  • Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan bayi
  • Mengeluarkan darah nifas yang BEKU danBERKETUL-KETUL dengan lancar
  • Mengeluarkan segala sisa kotoran dan air bisa (menggantikan PROSES TANGAS) dari rahim
  • Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh
  • Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron)
  • Menghilangkan STRETCH MARK akibat semasa mengandung atau menggaru perut kerana kegatalan (stretch mark)
  • Menghangatkan dalam badan dan tidak perlu menggunakan bahan2 seperit param, tapel dan pilis
  • Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu)
  • Membanyakkan susu dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu
  • Merawat luka-luka di dalam rahim mahupun di luar
  • Meningkatkan metabolisma dan membantu mengurangkan berat badan dgn cepat
 
Illya LeYa
017-6321680
anagurlz87@gmail.com

Monday, 3 November 2014

CPUV Nuffnang #55

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekali lagi LeYa diberi CPUV yang ke #55 oleh syarikat pengiklanan dari British Council. Alhamdulillah...sejak dua menjak ini rezeki LeYa tidak putus-putus. Pelbagai bentuk LeYa telah terima. Tidak kiralah melalui wang ringgit mahupun belanja makan atau apa sahaja yang berkaitan boleh memberi kita rezeki. 

Kini, hasil titik peluh LeYa bersama blog ini yang sudah mencecah usia 7 tahun, semakin hari blog LeYa dikenali ramai dan pengikutnya. Syukur sangat2 kerana dengan bakat yang ada LeYa mampu mencetuskan idea untuk menulis di setiap ruang entry tika LeYa tidak menyibukkan diri dengan kerja lain... hehehe...

Rezeki yang datang adalah dari Allah S.W.T. Moga apa yang kita perolehi ini dipenuhi barakah.