Selasa, 31 Mac 2015

Peluang Memenangi RM10,000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Anda mempunyai bakat dalam nyanyian???

Ingin menjadi seperti FirmanAF2014, Faizal Tahir, Black, Stacy, Adira??

Apa tunggu lagi. Jom sertai SuERA dan anda akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM10,000 bermula dari 23 Mac 2015 sehingga 06 April 2015.

Syarat2nya anda dikehendaki menghantar nyanyian 15saat anda dalam bentuk MP3 ke website www.era.fm

WoW!!! Hadiah yg sangat lumayan untuk dimenangi. Jangan lepaskan peluang jika anda berbakat! 

Isnin, 30 Mac 2015

Tips Jana Pendapatan Tanpa Modal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

GST akan bermula pada 1 April 2015. Ramai di antara kita yang sudah pun tahu akan kenaikan harga bagi sesetengah barang. Nak ditolak, barang-barang tersebut merupakan barang keperluan. Namun, untuk membelinya kini sudah bertambah nilai duitnya. Nak tak nak terpaksa beli juga untuk keperluan harian. Merungut di sana sini. Jadi, daripada kita merungut sana sini, lebih baik kita cuba cari jalan untuk menambah pendapatan bagi menampung keperluan kehidupan yang semakin meningkat ini. 


Jom kita tengok apa cara yang mudah untuk kita jana pendapatan melalui media sosial yang kini kiat pesat membangun.

1) Nuffnang
Satu syarikat pengiklanan yang mudah dan boleh memberi kita untuk menjana pendapatan. Nak duit lebih, so kene kerja lebih. Bila sponsor berminat dengan blog kita, potensi untuk kita jana pendapatan akan lebih lagi. Setiap unique visitor, akan dapat lebi kurang 25sen. Minimum cashout adalah RM50. Bayangkan jika sehari kita dapat RM2, sebulan dah boleh dapat RM60. kan setiap bulan kita boleh cashout.

2) Hai-O Marketing
Syarikat Jualan Langsung seperti Hai-O menawarkan peluang perniagaan untuk mereka yang ingin menjana pendapatan. Hanya perlu mendaftar sebagai ahli dan kita terus boleh menjual produknya ke serata dunia. Oleh yang demikian, haruslah kita sedaya upaya membina hubungan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga di samping mempromosikan kebaikan produk yang telah digunakan.

3) Jobdirumah
Jobdirumah ni antara affiliate program yang menawarkan pendapatan lumayan. RM25 untuk satu referral dan paling best, bayaran hari hari kecuali hujung minggu! Dan duit masuk secara auto ke dalam akaun ejen affiliate bila dah cecah RM20~! Jangan risau. Benda ni legit. Nak join jadi affiliate pun percuma je. Apa yang penting kena rajin promosikan pada orang lain. Jobdirumah adalah satu portal bagi orang yang nak cari kerja part time yang boleh dibuat di rumah. So, dalam ekonomi macam sekarang ni, portal begini memang sangat sangat diperlukan oleh kita. Hey! Buat kerja di rumah. Siapa taknak kan? Dan yang paling menariknya kerja kerja yang ditawarkan tu dibayar dengan nilai USD.

4) Jadi ejen Dropship
Kini, terdapat banyak program dropship ditawarkan di media sosial. Tidak perlu modal. Kita hanya tolong market product orang lain. Tapi, LeYa berpendapat, daripada market kan produk orang lain, lebih baik mantapkan lagi perniagaan kita sendiri. 

Ahad, 29 Mac 2015

Gambar Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa tidak kenal Neelofa. Artis yang sedang melonjak naik. Dan kini sedang membuat perubahan penampilan ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah, keputusan Neelofa yang dibuatnya memberi perkembangan positif buat para peminatnya untuk terus mengikutinya.

Gambar Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

Semoga ramai lagi yang akan turut sama berhijab kerana ia adalah satu tuntutan agama Islam agar kita menutup aurat. Kelihatan Neelofa semakin berseri dengan penampilan barunya yang berhijab kini.

Gambar Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

Gambar Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

Galakan dari ramai kenalan artis memberikan ruang yang baik untuk Neelofa meneruskan cita-citanya yang murni itu untuk berhijab.

Gambar Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

Sumber Gambar: Mr. Google dan PenMerah

Jumaat, 27 Mac 2015

Jom Ke Melaka Pet Expo 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melaka adalah sebuah pusat pelancongan yang terkenal di serata dunia. Sambil jalan-jalan di Melaka apa kata jom kita semua singgah di A Famosa Resort. Pada cuti hujung minggu kali ni, A Famosa resort mengadakan pertunjukkan "Melaka Pet Expo 2015" sempena Jom Heboh 2015 yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka. Seronok juga bila dapat melihat haiwan-haiwan peliharaan beraksi di pertunjukan dengan pelbagai aksi dan ragam.

LeYa Blog

Terdapat pelbagai haiwan peliharaaan seperti kucing, arnab, burung, katak, ular, sugar glider dan banyak lagi akan dipamerkan di situ. Satu haluan. Anda juga boleh ke A Famosa Water World untuk mandi-manda bersama anak-anak di sana. 


Jom semua ramai-ramai meriahkan lagi Ekspo Haiwan Peliharaan ini. Mungkin cuti sekolah yang lalu tidak sempat untuk membawa anak-anak berjalan. Apa kata kali ini anda bawa anak-anak ke sini. Pasti mereka akan terhibur dan mengucapkan terima kasih kepada anda.