Jumaat, 26 Jun 2015

Freeletics - Sukan Untuk Kurus dan Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pernah dengar tentang sukan Freeletics? Apa itu Freeletics? Freeletics adalah sukan yang menggunakan berat badan sebagai beban dalam satu sesi senaman. Freeletics berasal dari Jerman pada tahun 2012. Ramai rakyat Jerman telah berjaya melakukan perubahan bentuk badan dengan melaksanakan senaman freeletics. Ia amat sesuai dilakukan oleh semua golongan tidak kira muda ataupun tua.


Kelab Sukan Kecergasan Freeletics

Mohd Firdaus Ishak juga merupakan President/Club Founder bagi Kelab Sukan Kecergasan FreeleticsBeliau yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini bergiat aktif dalam sukan freeletics sejak tahun 2014. Berlatarbelakangkan seorang yang aktif dalam sukan sejak dibangku sekolah, beliau berjaya menunjukkan minat dalam dunia kecergasan dalam bidang sukan Freeletics ini walaupun mengalami kecederaan ACL pada tahun 2013. 

Seawal pada tahun 2014, beliau bermula dengan komuniti kecil Freeletics di Putrajaya. Beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12kg dalam masa 7 minggu. Oleh itu, beliau percaya yang kesan dari melakukan latihan Freeletics secara berterusan ini, dapat diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tujuan membantu dalam gaya hidup yang sihat. 

Club President sedang giat melakukan senaman Freeletics

Coach his student to loss weight by doing Freeletics

Kelebihan Sukan Freeletics

Sudah pasti kelebihan yang paling kita nampak adalah sukan Freeletics ini tidak memerlukan peralatan sukan yang banyak. Ia membolehkan sesiapa sahaja untuk mengikuti latihan freeletics ini. Golongan yang mungkin kurang berkemampuan untuk memiliki alatan sukan yang mahal-mahal, boleh mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan sukan Freeletics. Boleh dilakukan di mana sahaja anda berada, tidak kira masa dan tempat. 

Owh ya! Sebelum terlupa. Freeletics kini boleh didapati aplikasinya melalui telefon pintar mudah alih dengan install applikasi Freeletics melalui Google PlayStore. Sangat mudah dan cepat untuk anda lakukan senaman di rumah. Aplikasi Freeletics ini sangat menarik kerana memaparkan video tentang tips-tips kesihatan dan aktiviti melakukan kecergasan sukan Freeletics.

Sebarang pertanyaan mengenai sukan Freeletics / ingin mendaftar diri sebagai ahli Freeletics, boleh hubungi:


Related Posts:

  • Kembara Jom Jimat Elektrik TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garan… Read More
  • Produk Organik Terbaik Argan Oil By Hanneas Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Produk Argan Oil By Hanneas merupakan 100% organik dan telah diperakui oleh badan antarabangsa CCPB dan USDA. Begitulah juga Argan Oil ini telah mendapat kelulusan KKM.  Jadi… Read More
  • Tudung Si Comel Cantik dan Anggun di Lebaran Ini Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... WoW!!! Memang comel dan cantik sangat koleksi tudung shopkins untuk kanak-kanak ni. Dah tak perlu risau lagi untuk mendidik anak-anak perempuan kita bertudung seawal usia kecilnya.&n… Read More
  • Mr. Pilot dan Owner Produk Bantu Orang Ramai Melalui Caranya Tersendiri Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Seperti yang kita maklum hari ini, kesibukan kerjaya seorang juruterbang memang tidak dapat disangkal lagi. Bahkan kadang-kadang masa mereka ini lebih banyak di udara dan ke sana sin… Read More
  • 5 Sebab Kenapa Perlu Nikmati Dzas Soft Ice Cream Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Suatu ketika dahulu, LeYa ada berkongsikan dengan keenakan dan kelazatan DZAS SOFT ICE CREAM yang FRESH dan LEMBUT buatan sendiri. Kalau dah lupa, boleh klik link ini, Dzas Soft… Read More

3 ulasan:



  1. hai ! jom join GA EFG mega raya..hadiah wang tunai RM 3100 taw !

    www.adnan-daughter.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

    BalasPadam
  2. Yelah... kawan saya ada join freeletics ni... saya jer tak join lagi...

    BalasPadam
  3. Info menarik. Sekarang dah ramai yang buat sukan freeletics ni sebab tak perlukan banyak peralatan sukan. Aplikasi freeletics juga boleh dimuat turun kat smartphone korang dah.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com