Followers

Wednesday, 29 April 2015

Penulisan dari Seorang Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap sahaja masa berlalu kan. Dah penghujung bulan April. Tak lama lagi dah nak menjelang bulan Ramadhan... Emmm... Sudahkah anda semua mempersiapkan diri untuk Ramadhan yang akan datang ini? Bagi wanita yang sudah mencapai akil baligh, sudahkah anda menggantikan puasa yang tertinggal? Tidak ketinggalan juga buat kaum lelaki yang mungkin ada di antara kalian yang meninggalkan puasa atas sebab2 tertentu. Anda diwajibkan untuk menggantikannya semula sebelum anak bulan Ramadhan pada tahun ini muncul. 

LeYa Blog

LeYa ternanti-nantikan Ramadhan kali ini membawa seribu keberkahan dalam hidup LeYa. Alhamdulillah, hampir setahun LeYa bergelar seorang isteri, rezeki LeYa bertambah sedikit demi sedikit. Bermula dengan episod LeYa mendapat jawatan di LHDN Cyberjaya dan kini LeYa mengaktifkan kembali blog LeYa ini, apabila diberi peluang untuk join Blogger Area Media Expert atau B.A.M.E. yang dipelopori oleh Tuan Blogger Area. B.A.M.E. ini bertujuan membantu golongan-golongan blogger baru atau bawahan seperti LeYa yang ingin mencari sedikit ilmu dalam bidang advertorial. Malah, di samping itu juga, dapat menambahbaik trafik blog yang mungkin selama ini tidak begitu memberangsangkan. LeYa sendiri akui kadang-kadang dalam menulis, mood LeYa lari jauh ke laut. Sebab itu terkadang blog LeYa akan sepi tanpa entri-entri atau kisah yang menarik dari LeYa.

LeYa bersyukur atas kurniaan dari Ilahi kerana diberi bakat dan kemahiran dalam penulisan. Sehingga kini LeYa masih menulis di blog buruk ini yang hampir mencecah 6 tahun di dunia maya. Jatuh bangun LeYa dalam dunia blogging sudah dirasai dan LeYa sedar betapa pentingnya trafik blog kepada seorang blogger. Mana mungkin seorang blogger sengaja menulis tanpa pedulikan trafik di blog mereka. Bilamana seseorang blogger itu hanya sekadar menulis untuk suka-suka, namun jauh di sudut hati mereka inginkan ada yang akan membaca coretan isi hati mereka itu. Tidakkah betapa pentingnya trafik blog terhadap mereka yang bergelar blogger. 

LeYa Blog

Bagaimana nak dapat trafik blog yang konsisten?

Ahahaha... soalan cepu emas buat LeYa. LeYa sendiri yang kadang-kadang ada masa tidak menulis dalam blog ini. Namun, soalan ini juga yang diutarakan. Tapi, dari penelitian LeYa, sesebuah blog yang inginkan trafik secara konsisten, perlulah mempunyai penulisan yang mantap, padat dan tahu tujuan asal dalam menulis. Kenalpasti niche blog anda. Apa yang anda ingin tulis di blog anda. Kemudian, rajin-rajin beri komen di setiap blog yang dilawati dan meninggalkan jejak untuk para blogger lain menjejaki blog kita semula. 

LeYa bukanlah seorang blogger yang terkenal. Namun, di sebalik LeYa Blog yang sudah bertapak 6 tahun ini, LeYa banyak belajar dalam pelbagai bidang. Antaranya, memantapkan lagi penulisan, bertemubual dengan rakan maya, melihat sendiri perkara baik buruk dalam menjalankan aktiviti di alam maya serta mengetahui sedikit demi sedikit ilmu perniagaan secara online. Tidak dinafikan lagi, LeYa belajar tentang ilmu perniagaan di dunia blogging ini. LeYa melihat bagaimana dan cara mereka boleh berjaya. Pembacaan yang teliti untuk dicontohi yang mana baik dan jauhi yang mana buruk. 

Penulisan yang kreatif mampu menjana pendapatan buat seorang blogger sehingga mencecah ribuan ringgit. Jadi, tidak hairan dunia serba moden ini, ada di kalangan kita, dengan hanya duduk di rumah boleh jana pendapatan beribu ringgit. Bila ditanya buat apa. Dengan menulis blog sahaja, mereka dapat memperolehi wang sebanyak itu. Kagum dengan mereka. LeYa sendiri tidak sampai ke tahap itu. LeYa masih lagi bekerja makan gaji dan menulis di blog ini di waktu lapang sahaja. 

LeYa Blog

Pelbagai cara dan kaedah untuk kita menjana pendapatan di zaman serba moden ini. Hanya kerajinan, keazaman dan ketekunan kita melakukan sesuatu kerja, barulah segala impian yang selama ini dipendam tercapai dengan jayanya. Syabas dan tahniah LeYa ucapkan buat para blogger di luar sana yang telah pun berjaya menjadikan medium blog sebagai kerjaya anda. LeYa salute dengan anda lebih-lebih lagi lelaki yang sanggup berhenti kerja dan duduk di rumah dengan menjalankan aktiviti blogging ini.

Kredit Gambar dari Mr. Google. Terima Kasih Mr. Google kerana memberi gambar2 yang menarik untuk LeYa paparkan di sini.

Monday, 27 April 2015

Blogger Area Media Expert(Advertorial Murah)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tidak sangka pada tahun 2015 ini, LeYa diberi kekuatan untuk turut serta dalam aktiviti advertorial. Hari ini dengan rasminya LeYa telah menjadi ahli rasmi Blogger Area dengan membuat pembayaran untuk turut serta bersama Blogger Area Media Expert (B.A.M.E.).

LeYa Blog

Apa yang dimaksudkan dengan B.A.M.E.?
  • B.A.M.E. atau dikenali Blogger Area Media Expert adalah satu platform online/offline untuk seseorang peniaga memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan baru atau lama melalui konsep advertorial.
  • B.A.M.E. ini diwujudkan oleh Tuan BloggerArea yang ingin membantu blogger2 baru, malah blogger2 lama yang tidak berpeluang sebelum ini kerana faktor advertorial yang mahal.
  • Di sini anda akan dapat beriklan dengan kadar bayaran yang murah dan mudah untuk diuruskan.
LeYa Blog

Harga ini tertakluk dari HubBloggerArea. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus hubungi Tuan Blogger Area di facebook.

Apa pula yang dikatakan  Advertorial?
  • Advertorial adalah sama dengan Advertising + Editorial (Pengiklanan dalam bentuk editorial).
  • Kita semua ni akan dapat lihat bagaimana syarikat-syarikat besar mengunakan servis/perkhidmatan ini sebagai medium untuk mereka mendekati pelanggan dengan cara mereka menganjurkan banyak aktiviti seperti event dan pelbagai aktiviti lain serta memberi bayaran lumayan kepada blogger berkenaan.
Kenapa anda perlu beriklan dengan B.A.M.E.?
  • Murah sangat-sangat.
  • Sagatlah Mudah, beri input dan tajuk.
  • Menarik: 10,000 blogger sedia membantu anda dalam perniagaan anda.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi Tuan Blogger Area di facebook.

Kredit to: TUAN BLOGGER AREA dari hubbloggerarea.

Saturday, 25 April 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari Bloggers Day Out

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wahh....hanya tinggal beberapa jam je lagi untuk aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari Bloggers Day Out berlangsung. Pasti ramai yang akan turut serta dalam aktiviti tu esok. LeYa kemungkinan tidak dapat join atas sebab ada aktiviti bersama keluarga. Buat rakan-rakan blogger yang akan ke sana esok, semoga ikatan yang dijalin terus erat. Nanti update la gambar2 menarik pada LeYa ye. Emmm...mesti seronok esok kan. 

Pada yang mungkin belum tahu tempat dan masa bermula, LeYa review khas untuk anda semua. 

Tarikh 26 April 2015 (Ahad )
Tempat : Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya , Cyberjaya
Masa : 7 pagi -5 petang
Tajaan utama :
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
www.facebook.com/kelab.komuniti
Cyberview cyberjaya,
www.cyberview.com.my
Yeos Malaysia
www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise,
www.stampnprint.blogspot.com

Kredit to Abg BenAshaari yang berjaya melangsungkan aktiviti mengeratkan ukhuwah sesama blogger di Malaysia ini.

Percutian ke Universal Studio Singapore

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak akhir ni LeYa semakin kurang dalam penulisan di blog ini. Begitu teruja melihat ada di antara rakan-rakan menerima habuan yang besar dalam penulisan di blog masing-masing, LeYa tanamkan semangat semula untuk terus menulis memberi ilmu yang bermanfaat buat para pembaca. Menjadi seorang penulis blog hendaklah mempunyai idea dan kreativiti dalam setiap penulisannya agar dapat menarik para pembaca apabila membacanya. Ilham dan konsep yang cuba ingin disampaikan perlulah mudah difahami tetapi padat dengan isi-isi penting yang ingin cuba disampaikan.

LeYa Blog

Baiklah, LeYa pada malam ini bukanlah untuk memberi pendapat tentang bagaimana nak menulis. Tetapi, LeYa ingin menulis kisah travel LeYa yang telah lama LeYa tidak ceritakan di sini. Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas iaitu pada Februari 2015, LeYa dan suami telah pergi ke Singapura. Memandangkan ramai ahli keluarga sebelah pihak suami tinggal di sana, LeYa tidak mengalami sebarang kesulitan dalam penginapan. Ooo....yeahhhh... dapat jimatkan perbelanjaan LeYa dan suami semasa berada di sana. Dan entah ke berapa kali LeYa dah sampai di Singapore... hehe... Namun, pada kali ini Incik Suami berhasrat untuk beristirehat di hotel. Jadi, kami telah ke Hard Rock Hotel berdekatan dengan Universal Studio dan menginap selama satu malam di situ. Memang cantik hotel nya.

LeYa Blog

Ketika di lobby menunggu Bell Boy untuk menunjukkan dan membawa ke ruang kamar penginapan. Set band yang lengkap diperlihatkan di situ. Penginapan di Hard Rock Hotel memang cukup mempesonakan LeYa. LeYa berterima kasih pada incik Suami kerana telah membawa LeYa ke sini.

LeYa Blog

LeYa Blog

Pemandangan di dalam lif untuk ke bilik tidur. Di tepi dinding dilitupi dengan manik kristal yang cantik dan berkilauan mata memandang. 


LeYa Blog

Sebelum keluar berjalan lebih jauh lagi, kami bergambar di hadapan Hotel untuk disemadikan dalam album kenangan. 

LeYa Blog

Tempat pertama yang kami tuju sudah tentulah USS atau dikenali Universal Studio Singapore yang terletak di Pulau Sentosa. Tempat yang menjadi tarikan beribu malah berjuta pelancong untuk ke sini. Apa yang ada di dalam sehingga membuatkan ramai ingin ke sana? Jejak sahaja langkah kaki di USS, kita sama seperti berada di Disneyland yang mungkin agak sukar untuk kita ke sana yang jauh beribu batu di Amerika Syarikat. Permainan yang menarik buat anak-anak kecil malah bagi LeYa sendiri juga amat seronok bila berada di situ. Satu pengalaman manis yang dapat LeYa kutip ketika leka bermain dan berjalan di sekitar USS. 

LeYa Blog

Tidak ketinggalan untuk bergambar di globe bumi yang sering dikunjungi ramai pelancong untuk turut bergambar di situ. 

LeYa Blog

Cuti kali ini memberi seribu kenangan manis dalam diri LeYa kerana Incik Suami berjaya membawa LeYa berjalan puas mengelilingi bumi Singapore yang kecil itu. Baru penat rasa kaki ini pabila sudah tiba di rumah. Syoknya berjalan tidak dirasakan pun sama sekali keletihan yang dialami ketika itu. 

Tuesday, 14 April 2015

Izara Aishah bakal jadi menantu Siti Nurhaliza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Izara Aishah bakal jadi menantu Siti Nurhaliza

Seperti yang diketahui umum, Izara Aishah sangat rapat dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.

Izara dan Adib, sama cocok sama padan. LeYa hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka berdua hingga ke Jannah. Semoga setiap yang dirancang mereka tercapai.

Kredit Gambar: Google Images

Thursday, 2 April 2015

Roadshow Pameran Hijab dan Kecantikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Roadshow Pameran Hijab dan Kecantikan

Haiii semua... Dah masuk hari Khamis pun rupanya hari ni. Dan hari ini adalah hari kedua berlangsungnya GST. Dan hari ini juga hari terakhir LeYa menggantikan puasa. Alhamdulillah...selesai juga sebelum Ramadhan menjelang. 

Nampak banner di atas tu?? Ha! Apa tunggu lagi jom kita sama-sama meriahkan lagi di pameran hijab di sana. Pameran hijab dan kecantikan ni akan bermula pada esok Hari Jumaat bersamaan 3 April 2015 dan bermula pada jam 11.00pagi. Pameran ini berlangsung selama 3 hari di iDCC, Seksyen 15 Shah Alam. 

Alhamdulillah... Syukur kerana hari ini ramai sudah golongan wanita yang telah berhijab. Dalam menuju arus kemodenan ini, kita sebagai wanita sepatutnya berhijab dengan sempurna. Hijab ini kan adalah tuntutan dalam agama Islam. Kenapa kita perlu menidakkannya lagi. Aha...kalau LeYa berbicara pasti panjang menjela. 

Roadshow Pameran Hijab dan Kecantikan

Akhir kata dari LeYa jom ramai2 serbu ke Pameran Hijab itu esok...

Wednesday, 1 April 2015

Drama Bersiri Suami Sebelah Rumah Semakin Mantap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini 1 April 2015. Hari yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia di mana hari ini bermulanya era GST. Apa itu GST? GST adalah Good Service Tax. Nak tahu lebih lanjut boleh layari laman blog HasrulHassan kerana beliau banyak menulis tentang GST. 

Suami Sebelah Rumah

LeYa di sini bukanlah nak bercerita tentang GST yang mungkin banyak blogger sudah pun menulisnya. LeYa nak cakap yang drama Malaysia sejak akhir2 ni menjadi rebutan untuk ditonton. Seperti drama bersiri "Suami Sebelah Rumah" yang diadaptadi dari novel hasil karya Ana Sofiya, memang memberi kesan yang menarik untuk LeYa tontonnya pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30ptg. 

Suami Sebelah Rumah

Pembikinan ceritanya yang mantap ditambah lagi pelakonnya yang comel dan hebat Izzue Islam dan Ayda Jebat sebagai hero dan heroin nya, membuatkan lagi untuk LeYa tidak sabar menunggu episod seterusnya. Gandingan dua pelakon itu memang secocok dan terhibur sekali apabila menontonnya.

Keluar sahaja dari pejabat pukul 5.00ptg, LeYa terus pulang ke rumah untuk menantikan drama bersiri kesukaan ramai ini. 

Suami Sebelah Rumah