Followers

Saturday, 17 October 2015

Kunjungan Blogger Ke Rancangan Apa Kata Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu lagi dalam LeYa Blog yang sekian lama menyepikan diri. Alhamdulillah, dapat jua LeYa kembali berinteraksi di dunia blog ini. Sejak akhir-akhir ni LeYa tersangatlah busy sehinggakan tiada masa untuk beristirehat di depan kaca tv bagi menonton rancangan yang disukai. Kadang terpaksa mencuri sedikit masa 24 jam untuk toleh2 melihat siaran di tv. hehehe...

Pernah tak korang terfikir bagaimana sesuatu rancangan realiti tu berlangsung dengan jayanya di hadapan kaca televisyen yang sering korang tonton? Terfikirkah anda untuk melihatnya dengan lebih terperinci. 

Pada 03 Oktober yang lalu, LeYa berkesempatan untuk meninjau pembikinan Rancangan Slot "Apa Kata Wanita" yang dikendalikan oleh Datin Zamzarina. Slot rancangan bicarawanita ini bersiaran di RTM TV1 pada setiap Sabtu jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Selama lebih kurang 1 jam ini, Datin akan mengupas isu-isu semasa yang berada di Malaysia kini serta penampilan beberapa jemputan hebat untuk turut sama memeriahkan slot bicarawanita itu.

Jadi, pada kali ini tajuk yang akan dikupas adalah "Usahawan Online Cilik" di mana zaman serba moden ini, sudah ramai peniaga mencari rezeki melalui Internet. Ia sangat global tidak mengira umur dan pangkat. Disebabkan itu, ramai juga usahawan cilik lahir dari perniagaan online ini.

Student Blogger
Korang masih ingat tak Lia Omey seorang blogger dan dj  radio online kini sudah fokus kepada bisnes onlinenya menjual Dexandra Perfume. Sudah ramai juga yang menjalankan bisnes menjual Dexandra Perfume ini. Kelihatan semakin berkembang. Mengupas isu Lia Omey dalam rancangan Apa Kata Wanita, beliau dapat menghasilkan jualan sehingga RM10k sebulan.

Pelajar Sekolah
Haffiz Ariffin, berumur 14 tahun dan bersekolah di SMK King George V, Seremban mula berminat dengan bisnes sejak usia 11 tahun lagi. Pada awalnya, beliau menjalankan perniagaan dengan membuat origami kertas yang hanya bermodalkan RM0.20 dan menjualnya dengan harga RM1.00. Keuntungan yang diperoleh sebanyak RM0.80 setiap satu daripada hasilnya memberikan inspirasi untuk beliau terus maju dalam bisnes. Kemudian, beliau mengikut jejak abangnya, Hisham Ariffin, menjual serum Cool Hijab setelah melihat kejayaan yang dimiliki abangnya. Facebook Haffiz Ariffin.

Seorang lagi pelajar lepasan UPSR, Addiena Aswad yang berumur 12 tahun juga berminat dalam bidang bisnes secara online melalui bidang kecantikan. Atas dasar minat terhadap kecantikan, beliau berkongsi tips dengan rakan-rakannya. Blog Addiena boleh dilayari di Addiena Store.