Followers

Friday, 2 December 2016

RESIPI IKAN BILIS KENTANG GORENG CILI PADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni LeYa nak kongsikan resipi yang LeYa masak dan cipta sendiri. Tapi, actually dah banyak pun resipi ni di media online seperti carian di Google dan lain-lain. Memandangkan hanya bahan-bahan itu yang tersedia di rumah sebab itu LeYa bergegas membuat resipi tersebut. Mana lah tahu kan ada di antara anda yang teringin dan kebetulan juga ada bahan tersebut di rumah. Menu apa yang menjadi kegemaran untuk keluarga kita. Yang itulah yang kita akan masak. Walaupun kadang-kadang diulang tayang setiap hari. 


RESIPI IKAN BILIS KENTANG GORENG CILI PADI

Bahan-Bahan:-

Kentang 2 biji
Bawang Kecil 3 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Besar 1 biji
Air Asam Jawa (sedikit)
Cili Padi 10 biji (ikut tekak masing-masing kalau nak pedas)
Gula & Garam secukup rasa

Cara-Cara Memasaknya:-

1) Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan minyaknya dan asingkan tepi.
2) Goreng kentang dan toskan minyak serta asingkan letak di tepi dahulu.
3) Tumis Bawang Kecil, Bawang Putih, Cili Padi hingga masak dan naik bau.
4) Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa tadi. Biarkan ia mendidih.
5) Gaulkan secukup rasa dengan garam dan gula.
6) Masukkan kentang dan ikan bilis tadi dan gaul rata.
7) Hidangan siap dihidang.


Ha!!! Ringkas kan resepi dari LeYa yang dikongsikan hari ini. hehehe... LeYa memang tak suka bende remeh temeh dan lambat ni. Jadinya, LeYa perlu buat sesuatu untuk mempercepatkan tindakan dan kerja LeYa and dalam masa yang sama tugas harian sebagai isteri pun selesai.


Hidangan Ikan Bilis Kentang Goreng Cili Padi sudah tersedia untuk dimakan. Kalau korang rasa nak buat cara LeYa ni, dipersilakan lah ye. Sangat dialu-alukan.
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: