Followers

Sunday, 17 July 2016

Minuman Gelas Besar Hanya RM1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita tahu, viral sudah dengan kisah Gelas Besar hanya RM1 di Merlimau Point. Memang tidak dinafikan dari pemilik restoran, Syukur Dollah; 39 tahun yang menyajikan hidangan air gelas besar dengan harga RM1 dan air buah-buahan dengan harga RM2. Ia menjadi tarikan sejak 10 tahun yang lalu apabila orang ramai datang makan di Medan Selera Merlimau Point di sini. Menurut beliau lagi, antara hidangan air yang paling popular adalah berperisa anggur sama ada dicampur susu sejat  atau laici yang dijual dengan harga RM1 dan RM1.50.


Berdekatan dengan tempat belajar, Politeknik Merlimau, para pelajar di sini yang kita sedia maklum kadang-kadang di kalangan mereka ini bukanlah mempunyai wang yang banyak. Jadinya, dengan adanya kedai makan yang menydiakan Air Minuman Gelas Besar dengan harga yang murah membuatkan mereka berasa puas meminumnya.

Sehingga kini, beliau masih mengekalkan tradisi dengan minuman gelas besar dan harga yang murah. Alhamdulillah, syukur kerana memperolehi peniaga seperti Syukur Dollah yang tahu akan kehendak pelanggan yang kurang berkemampuan untuk merasai penangan dan kehebatan gelas besar yang sedang viral kini, terutama buat pelajar-pelajar yang berada di sekitar itu. 


Didoakan agar, Pakcik Syukur itu dilimpahi rezeki berlipatganda dan dipermudahkan segala urusan kerana turut membantu memudahkan urusan orang lain.

Thursday, 14 July 2016

Aidilfitri 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Hari Raya semua... Macam mana dengan raya korang semua tahun ni ?? LeYa ucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Lama sudah LeYa tidak membuka blog kesayangan LeYa ini. Ni pun gigih ambil 'mood' nak menulis untuk kisah raya. ekekeke...

Hari raya pertama LeYa beraya di Melaka sebelah keluarga suami. Kemudian, keesokannya LeYa dan suami sudah pun beraya di Port Dickson, kampung halamanku. 


Tahun ni warna tema LeYa dan suami adalah "Brown" dan juga Jubah. hehehe... First time Encik Otomen mengenakan Jubah untuk kali ini. Tidak pernah sama sekali, En Otomen berjubah dalam hidupnya. Ok what... Hensem juga..hehe.. siapa lagi nak puji kalau bukan isteri sendiri.

Ni pula gambar di Hari Raya kedua di Port Dickson. Berkumpul beramai dan meerakam gambar kenangan bersama. Tapi, malangnya time ni dah tak pakai baju melayu dan baju kurung lagi.. hehe.. 



Sebelum keluar beraya, sempat lagi posing di taman bunga milik ibu. Konon2 ala2 raya di luar negara gitu.. haha.. 




Okeylah tu je cerita raya LeYa tahun ni. Semoga masih diberi keizinan untuk bertemu Ramadhan & Syawal tahun depan. In Shaa Allah pengalaman baru lagi tahun depan.. Moga dipermudahkan & dipanjangkan umur. Selamat Hari Raya semua! Xoxo!

Friday, 1 July 2016

Menjelang Aidilfitri... Ramadhan Mula Berakhir...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap sahaja masa berlalu kan. Dah 26 Ramadhan kita lalui. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk semua umat Islam meraikan kemenangan di 01 Syawal.

Di pejabat tempat LeYa bekerja tadi pun, sudah ramai yang bersalaman dan bermaafan untuk pulang bercuti Hari Raya. Tinggal lah LeYa dan rakan-rakan yang hanya duduk berdekatan belum pulang ke kampung halaman lagi.  

Menjelang Aidilfitri ini, LeYa ingin memohon seribu kemaafan jika ada terkasar bahasa atau terlanjur perbuatan yang mungkin selama ini pernah melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja. 


JOM KUMPUL SAMPUL DUIT RAYA

Tika Raya menjelang, kanak-kanak lah yang paling gembira. Kenapa ??? Ini kerana mereka akan berlumba-lumba mengumpul "Duit Raya" antara sesama saudara atau rakan mereka, jumlah duit raya siapakah yang paling banyak. Seronok melihat telatah dan gelagat mereka sehingga terimbau kenangan kita pada zaman kanak-kanak dahulu.


Dalam keseronokan kita membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri, masih ada juga insan yang memerlukan perhatian dan bantuan dari kita. Jangan diabaikan mereka. Kelak, mereka inilah yang akan membantu kita di akhirat. Hulurkan bantuan selagi kita mampu. 

Ramadhan mula melabuhkan tirainya. Sayu hati ingin meninggalkan Ramadhan yang banyak memberi 1000 keinsafan buat diri LeYa yang telah berjaya membentuk peribadi LeYa ke arah kebaikan. Syawal pula sedang menunggu kedatangan yang diraikan. Hari kemenangan buat seluruh Umat Islam setelah berjaya berperang melawan dengan nafsu masing-masing.