Selasa, 6 Jun 2017

Berbuka Puasa Hanya RM30 di Next Food Junction, Klang Parade

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Tak disangka hari ni dah masuk Ramadhan ke-11 dah. Sekejap betul rasanya masa berlalu. LeYa pasti korang dah selesa dan serasi di hari ke-11 ni. Tiada lagi rasa sakit perut untuk cuba-cuba berbuka puasa. Hehehe... Jadi, semakin hari semakin runsing para ibu memikirkan resepi juadah yang nak dimasak berbuka nanti. Kaum ibu... Setuju tak LeYa cakap ni kan...

Tak perlu runsing + risau lagi. Jom berbuka di luar bersama keluarga dan anak-anak untuk bertukar selera di Next Food Junction, Klang Parade. Anda semua akan dapat rasa pelbagai masakan dari menu yang dihidangkan.


Berbuka Puasa Dengan Pelbagai Menu di Next Food Junction, Klang Parade

Masuk kali ni, kali kedua LeYa jalan-jalan di Klang Parade. Shopping mall yang cukup besar dan luas untuk diterokai. Apabila dah penat, lebih-lebih di bulan Ramadhan, LeYa pun mengajak la Mr. Otomen berbuka puas di sini.


Saat masuk sahaja ke dalam kawasan Next Food Junction ni, LeYa dapat lihat persekitarannya yang luas dan bersih untuk menikmati juadah makanan dengan penuh berselera dan selesa sekali. Anda tidak perlu risau kalau datang ke sini. Banyak tempat duduk disediakan. Kerusi untuk bayi juga ada disediakan bagi memudahkan para ibu bapa yang mempunyai anak kecil.


Berbalik kepada menu yang LeYa dan Mr. Otomen makan hari tu memang sungguh mengujakan. Anda yang lihat pasti terliur saat membaca cerita ni hingga habis. Hehehe... Menu yang kami order ialah Set Ikan Bakar Kembung yang dipesan LeYa. Manakala Otomen pula memesan Set Ikan Tenggiri Asam Pedas yang memang menjadi kegilaan beliau sebagai anak jati Melaka. Untuk tambahan, kami memesan Set Lala+Sotong+Udang Bakar.

Spagethi Carbonara yang dipesan rakan blogger, Syafiera Yamin.
Bukan setakat itu sahaja, anda semua boleh juga buat pilihan menu di pelbagai lokasi gerai yang lain mengikut citarasa anda pada hari itu.












Banyak kan!!! Memang berbaloi kalau anda semua singgah ke sini. Dah tu pulak, anda boleh nikmati hidangan ni semua dengan hanya RM30 sahaja mengikut hidangan makanan yang dipesan korang. Sangat berpatutan kan! bagi LeYa tiada istilah membazir jika kita dapat jimatkan hidangan berbuka puasa kita dengan lokasi kedai makan yang menyediakan pelbagai menu pilihan.

Dah kenyang makan dengan menu yang banyak di Next Food Junction, Klang Parade, jangan lupa untuk ke Tingkat 1 tunaikan kewajipan bersolat Maghrib ye. Lepas tu boleh lah jalan-jalan atau shopping di Next Ladies Klang Parade pula...

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Next Food Junction

Level 5

Klang Parade

Facebook : NEXTFoodJunction

Instagram : nextfoodjunction

Warna-Warni Aidilfitri di Klang Parade

Warna-Warni Aidilfitri di Klang Parade akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan pada 11 Jun 2017 dengan kemunculan Adibah Noor, Misha Omar dan Baki Zainal.

Tidak cukup itu, pada 18 Jun 2017 pula akan diadakan sekali lagi bersama artis jemputan seperti Ayda Jebat, De Farm, Dina Nadzir dan juga Baki Zainal.


Lebih meriah lagi, Warna-Warni Aidilfitri di Klang Parade juga menawarkan secara PERCUMA sampul Raya edisi Klang Parade yang anda boleh dapati dengan menebus setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit atau sebuah bekas ekslusif dengan setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas. Yang pasti, anda boleh dapatkan kedua-duanya sekali dengan resit bernilai RM200 bermula pada 2 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017.

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com