Selasa, 6 Jun 2017

Dekorasi Rumah Menjelang Raya Bersama Lazada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wah!!! Diam tak diam, dah 11 hari kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu kan. Jadi, pasti ramai dalam kalangan pembaca blog LeYa sedang sibuk membuat persiapan untuk berhari raya. Ada yang sibuk menyiapkan kuih atau biskut raya. Dan, yang paling penting adalah persiapan mendekorasi rumah agar tampak berseri di hari raya. 

Hias rumah untuk menyambut Syawal adalah sunnah. Namun, bagi LeYa perlu dibuat list jika ada keperluan barangan yang perlu dibeli baru. Jangan ikut selera kita je. Nanti lepas raya melopong. Duit dah kering... Hehehe... Belilah ikut keperluan dan bukannya kehendak.

Jadi, LeYa nak bagi lah korang cara-cara untuk menjimatkan duit korang tetapi boleh juga beli barangan baru melalui aplikasi LAZADA. Dengan Lazada, impian korang selama ini akan tercapai. Dan... pastinya rumah korang akan lebih cantik dengan perkakasan baharu dan berbaloi.

1. Kipas Angin Meja untuk Bilik Tidur Kecil

So... jom tengok barangan apa yang LeYa dapat dan inginkan untuk dekorasi rumah LeYa bersama Lazada. Semalam, pualng dari pejabat, LeYa dikejutkan berita dengan kehadiran surat dari GDex. Tanpa berlengah lagi, LeYa mengajak suami, En Otomen Taro ke lokasi GDex yang terdekat. Sambil menunggu barangan suprise LeYa, En Otomen membuat pengeposan barang.


15 minit berlalu. Barangan LeYa sampai ke tangan. WoW!!! LeYa speechless dan terkejut. Suprise from Lazada that I get this fans for decoration my home. So... tak cakap banyak lagi, terus pulang ke rumah dengan muka ceria. Rajin pulak rasa hari itu untuk dekorasi ruang bilik ketiga di tingkat atas memandangkan raya ni ada sanak saudara ingin bertandang ke rumah. 

Pucuk dicita ulam mendatang. Memang LeYa teringin nak kipas angin untuk hiasan bilik tidur tersebut. Tetapi, memandangkan ketika itu masalah kewangan sedikit, LeYa hanya tanamkan impian di hati. And that last, Dream comes True. LeYa dapat juga sebuah kipas meja yang bagi LeYa bersyukur sangat dapat memilikinya. 

2. Set Meja Makan 6 Kerusi 
Dah berkali juga lah LeYa simpan angan-angan nak memiliki Set Meja Makan 6 Kerusi ni. Tak tahu lah bila kesampaian kan. Jadi, mana lah tahu pihak Lazada nak sedekah set meja makan kat atas ni pada LeYa. Memang pitam agaknya kalau dapat.. Hehehe...

Set Meja Makan 6 kerusi ni ingin dimiliki LeYa kerana mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Jadi, bila mereka bertandang ke rumah, ada juga lah tempat duduk yang banyak untuk menikmati juadah hari raya nanti selain set meja makan 4 kerusi yang LeYa ada sekarang. 

3. Set Katil untuk Keselesaan Sanak Saudara Jika Ingin Bermalam

Hiasan bilik tidur yang selesa sangatlah LeYa titikberatkan. Sebab apa? Bilamana sanak saudara LeYa berkunjung ke rumah, pastinya ada dalam kalangan mereka yang jauh-jauh tu nak bermalam lah untuk semalam atau lebih. Jadi... demi keselesaan mereka, LeYa nak menghias ruang bilik tidur tetamu kelihatan seperti hotel. Hehehe... Bagi menjimatkan wang ringgit, Lazada menjadi pilihan utama dalam pemilihan barangan perabot yang murah dan berkualiti. 

Pelbagai barangan keperluan rumah pada diskaun sehingga 90%

Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada, korang bukan sahaja boleh dapatkan set bilik tidur di atas malah banyak lagi barangan dari pelbagai jenama sehingga diskaun 90%!! Tempoh promosi dari 19 Mei hingga 15 Jun. Then, ada pula Riang Ria Raya Sale yang akan berakhir pada 30 Jun. Jadi apa tunggu lagi! Cepat-cepat ke Lazada untuk nikmati pelbagai tawaran menarik!




Ramadhan Raya Blogger Contest

Bagi blogger-blogger yang suka join contest, ni peluang korang untuk rebut peluang hadiah lumayan ni. Jom lah join contest ni beramai-ramai. Lagi ramai, lagi meriah, hadiah pun lebih menarik ditawarkan. 

 Ramadhan Raya Blogger Contest
Klik pada gambar untuk turut serta contest ni...

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com