Ahad, 14 Mei 2017

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Streat Thai, Petaling Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kepada pencinta rasa masakan Thai, LeYa ada berita baik untuk korang semua. Pasti korang rasa teruja untuk ke sini pada bulan Ramadhan kali ini. LeYa nak  bawak korang semua ke satu tempat menarik di Petaling Jaya, di mana pada 10 Mei 2017 lalu, LeYa telah menghadiri satu program PREVIEW BUFFET RAMADHAN DI STREAT THAI, THE SCHOOL, PETALING JAYA. Lokasi yang sangat menarik dan mudah untuk dicari kerana hanya terletak di bahagian luar dan di hujung kedai di Shopping Complex The School, Jaya One.


Memasuki ruang restoran yang cukup mewah bagi LeYa dan sangat selesa untuk bersantai menikmati hidangan buffet Ramadhan bersama keluarga. Sebulan sekali setiap tahun. Inilah bulan di mana kita akan menjamu selera bersama keluarga bersama-sama. Jadi, tak salah dalam bulan yang mulia yang menyatukan hubungan silaturrahim sesama keluarga atau shabat handai ini, kita raikannya di sebuah restoran makan yang selesa.












Menu-menu bagi buffet Ramadhan yang disajikan di Streat Thai kali ini seungguh lazat dan menyelerakan. Kepakaran Restoran Streat Thai dalam setiap menu masakan Thai terbukti dengan menghasilkan beberapa menu popular masyarakat Siam yang memang gemarkan masam-masam dalam masakannya.


 
 




Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai juadah lauk-pauk untuk dipilih sebagai menu makan bersama nasi. Tom Yam putih yang memang menjadi tradisi masyarakat Thai juga boleh didapati di Restoran Streat Thai ini. Rasa yang memang best giler weeyyy.. Hirupan satu sudu sahaja sudah membuatkan LeYa nak dan nak lagi. Betapa nikmatnya LeYa ketika menikmati makanan di sini.



Aneka juadah kuih-muih dan pencuci mulut juga banyak disediakan di sini. Anda lah yang perlu membuat pilihan citarasa selera anda. Makanan yang diminati LeYa iaitu 'Pulut Mangga' juga ada disediakan di sini. Tapi AWAS!! Jika anda lambat, ia cepat lenyap dari pandangan anda. Hehehe... Rancanglah pemilihan makanan anda sewajarnya untuk merasai segala kenikmatan makanan yang dihidangkan. Jangan dah pulang rumah menyesal tak sudah apabila tidak dapat menikmatinya.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari seperti yang tertera di bawah.

Buffet Ramadhan Streat Thai 2017

Price:-
Promotion Start Booking 7 Days in Advance: RM39.90++
Normal Price: RM49.90++ (Children 6 to 12 RM19.90++)

Address:-
(Jaya One) 100-G-001 The School
No. 72A Jalan Universiti, Petaling Jaya, 46200 Selangor.

Sosial Media:-
Facebook: http://www.facebook.com/streatthai
Instagram: http://www.instagram.com/streatthai
Website: http://eatatstreat.com

Reservations:-
+603-7496-1297 

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com